Rabu, 9 Disember 2009


Zaman mudaku


Aku ialah seorang anak desa yang tidak mempunyai apa – apa .Aku hanya memiliki ibu bapa yang prihatin dan sebuah akal pemikiran yang mampu untuk menentukan masa depan aku pada suatu masa nanti.Ketika semua anak – anak sedang bermain , aku hanya melihat dari suatu sudut kerana diriku yang tidak seperti mereke yang mempunya segala-galanya.Ibuku selalu berpesan ,jadilah orang yang berguna suatu masa nanti,jangan bazirkan waktu dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah dan merugikan .Ibuku juga sering memberikan dorongan kepadaku di kala aku kesadihan .Aku merasakan diriku ini mempunyai kelebihan ku yang tersendiri dan aku harus mencungkil kelebihan yang aku miliki.Ibu bapaku hanyalah orang biasa , yang tidak mempunyai apa-apa ,aku anak sulung jadi aku harus membantu mereka dan memenuhi hajat mereka untuk menjadi lebih baik daripada mereka.



Pada suatu hari,aku bertanya kepada diriku ,apa yang ingin aku lalui apabila aku dewasa kelak?Adakah aku masih ingin jadi seperti sekarang ,terumbang ambing tidak tentu hala,membuang ,masa dan melakukan perkara yang tidak berfaedah seterusnya menjadi sampah masyarakat.Aku tidak mahu…….aku ignin jadi manusia yang sebenarnya dan melalui kehidupan ini dengan penuh bermakna.Bermula saat itu dan detik itulah yang menjadi titik tolak perubahan diriku .



Malam itu, aku bangun pada waktu malam yang sunyi bertemankan bunyi cengkerik , aku lihat pada dinding , jarun pendeknya menunjukkan angka 4 manakala jarum panjangnya pula menunjukkan angka 6.Aku segera ke pancur dan berwuduk.Setelah itu ,aku hamparkan sejadah lama peninggalan arwah datuk .Aku memerhatikan sejadah itu sebentar.Sejadah ini yang menjadi wadah untuk aku berjumpa Tuhanku.Aku memohon semoga kekhusyukan yang akan aku perolehi sewaktu beribadah dan aku berharap aku mampu untuk menjadi manusia yang mampu untuk berbakti kepada agamaku.



Setelah selesai solat hajat , tangan ku tadah , aku memohon kepada yang Esa “Astaghfirullah hal a’zim allazilailahaillahuwalhayyul qayyum,ya Allah kau buka kan pintu hatiku ya Allah kau ampuni lah dosa kedua ibu bapa ku kau tempatlah mereka di kalangan orang yangberiman ,kau masukkanlah mereka kedalam syurga Firdaus,Kau bantulah mereka ya Allah hanya mereka dan Engkau yang aku miliki tidak ada yang lain.Kau bantulah diri aku untuk menjadi manusia yang baik dan berbakti kepada mesyarakat.Ya Allah aku ingin meninggalkan dunia ini dengan bekalan yang baik dari dunia ini sekiranya aku pulang kepadaMu tanpa apa-apa bekalan nescaya aku akan masuk ke neraka Mu ya Allah , aku ingin memenuhi hasrat ibu bapa ku untuk menjadi manusia berjaya dunia dan akhirat tetapi aku memerlukan pertolonganMu ya Allah,aku tidak
mampu membayangkan apabila aku dihumbankan ke dalam nerakaMu ya Allah ,amat perit sekali untuk dibayangkan.”Setelah selesai berdoa aku pun menunggu di sejadah sehingga masuknya waktu Subuh.




Azan Subuh berkumandang ,aku pun segera menggerakkan ibu bapa ku untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.Aku mendengar sayu suara ayahku membacakan surah Al –Rahman .Aku tahu ayah sedang menangis membacakan surah itu,aku sedar aku hanyalah hamba yang hina dan harus sentiasa tunduk kepada Allah.Siapa aku untuk lebih berkuasa daripadaNya yang Maha Berkuasa.Setelah selesai solat aku mencium tangan ibuku dan ayahku dan mereka mengusap kepala ku seolah-olah begitu mengharapkan diriku dapat berubah menjadi manusia yang lebih berguna .Aku faham maksud yang cuba mereka sampaikan.




Pagi itu aku tidak berada dirumah seperti kelaziman hari minggu aku berada di rumah pada pukul 9 pagi kerana aku ke perpustakaan .Tujuan aku ke perpustakaan adalah untuk membuat sedikit penyelidikan tentang resipi untuk menjadi pelajar cemerlang dan ketika aku sampai ke perpustakaan ,aku terlihat terpampang di pintu perpustakaan sehelai kertas yang menyatakan bahawa terdapat kelas tambahan yang beroperasi di kampung kami dan aku pada ketika itu begitu gembira , tetapi…..
Ketika aku melihat yuran bulanannya tertera jumlah RM 150.00 untuk sebulan .Di manakah aku hendak memprolehi wang sebanyak itu.Seumur hidupku , aku masih belum memegang wang sebanyak itu.Aku ingin berjaya tetapi aku tidak ada duit untuk meneruskan cita-cita aku itu.Bagaimana kah caranya untuk aku menghadiri kalas tambahan itu?Aku tidak boleh memberitahu ibu bapaku kerana mereka akan bersusah payah mencarikan duit untk membiayai kelas tambahan aku,aku tidak mahu mereka bersusah payah kerana aku,aku mampu untuk mengusahakan nya sendiri .



Esok harinya ,pagi-pagi lagi aku mengayuh basikal menuju ke kedai Ah Tian. “Ah Tian boleh saya kerja sini ?Saya mau kerja setiap hari boleh ah?”Ah Tian menjawab, “aya apa itu macam tanya?Boleh ma kenapa tak boleh ? “Kalau boleh esok saya nak mula kerja boleh ka?” Ah Tian berkata, “Boleh , boleh”Sejak hari itu lah aku mula mempunyai pekerjaan.Akulah yang menyusun barang dan mengangkat barang tetapi ibu bapaku tidak mengetahui perkara ini.Aku sengaja rahsiakan kerana sekiranya mereka mengetahui rencaa aku ini maka mereka akan bersusah hati kerana aku anak perempuan tidak seharusnya aku begitu bebas ,tetapi niat aku ialah untuk memenuhi hasrat ibu bapaku yang ingin melihatku berjaya.




Pada setiap petang , aku akan menghadiri kelas tambahan untuk menimba ilmu yang mungkin aku tertinggal ketika waktu kelas pagi tadi.Aku begitu gembira sekali dapat menghadiri kelas tambahan itu.Selain itu juga aku dapat memperolehi segala input-input baru tentang peperiksaan.Aku beras begitu beruntung sekali .Tetapi aku amat sedih segelintir rakan-rakan sekelas dengan aku mereka menggunakan waktu kelas tambahan untuk menjadikan tempat itu sebagai tempat berbual kosong dan boleh dikatakan juga sebagai tempat melepak mereka. “Kesihan ibu bapa mereka penat-penat bekerja siang dan malam tetapi mereka tidak memanfaatkan wang yang telah ibu bapa mereka belanjakan untuk kelas tambahan mereka.Aku teringatkan kata seorang ustaz di sekolahku yang menyatakan bahawa kita sebagai seorang anak haruslah sentiasa jujur terhadap ibu bapa dan berbakti kepada mereka selamanya.Aku akan mengingatinya sehingga akhir hayatku.Masakan mereka sanggup melihat ibu wang yang ibu bapa mereka keluarkan habis secara tidak berfaedah.Aku beras sungguh kesal dengan sikap mereka yang tidak tahu menghargai pemberian ibu bapa mereka.Setelah tamat kelas tambahan ,aku pun pulang ke rumah.
Sesampainya aku di rumah aku mengeluarkan latihan yang telah diberikan oleh Cikgu Saodah iaitu latihan Matematik.Aku menyelesaikan tugasan itu dengan bersungguh-sungguh dan mengharap supaya usaha aku ini akan membuahkan kejayaan seterusnya membolehkan aku untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi .Ketika di seolah aku sentiasa memberi tumpuan terhadap apa yang diajarkan oleh guru dan aku juga sentiasa dengan botol air aku apabila berasa mengantuk dan letih maklumlah penat bekerja semalam di kedai Ah Tian.Aku akan pastikan semua tugasan yang deberikan oleh guru ketika di sekolah di selesaikan pada waktu sekolah juga supaya aku tidak ketinggalan waktu untuk menyiapkannya memandangkan pada petang nanti aku ada kelas tambahan dan pada waktu malam pula aku perlu bekerja dengan Ah Tian pula.



Entah mengapa aku sering beras berpuas hati dan yakin dengan usaha-usahaku, mungkin ini kerana kesungguhanku sendiri tanpa menyusahkan ibu bapaku dan aku ikhlas dalam menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan pada kemudian hari.Aku ingin menjadi seperti pemimpin Negara pada masa itu iaitu Dr Mahathir Mohammad.Aku akan berusaha sehingga aku mampu untuk mencapai menara gading dan menjadi seorang doctor yang berjaya.Namun, aku masih kekurangan sesuatu tetapi aku masih tidak dapat mengenal pasti apakah kekurangan itu.



Pada petang itu, aku melemparkan pandanganku ke luar jendela.Aku melihat keindahan pada waktu petang itu.Kelihatan burung –burung berkicau keriangan kerana terdapat cacing baru yang disuapkan oleh sang ibu.Lihatlah binatang pun mempunyai perasaan kasih sayang ,inikan pula manusia yang berakal.Kelihatan juga sang anak gagak yang menyupkan ibunya cacing.Aku berfikir, si gagak pun tahu mengthargai ibunya inikan pula aku sebagai seorang manusia yang berpendidikan.Mengapa harus aku rahsiakan yang aku kini sedang bekerja di kedai Ah Tian.Aku sedar ,ini merupakan perkara remeh,tetapi perkara ini termasuk dalam perkara yang berkaitan keredhaan ibu bapa.Masakan aku akan berbohong selama-lamanya.Adakah aku akan memiliki keberkatan dalam menuntut ilmu untuk berjaya. “Aku harus memberitahu ibuku tentang pekerjaanku kini , aku tidak mahu ibu ku terus dibohongi oleh anaknya sendiri.”

Pada malam itu aku ke jendela di ruang tamu kerana kelihatan ibu di situ dan ayahku masih tidak pulang kerana sedang bekerja untuk sesi malam.Aku menyusun langka ke sisi ibu. “Ibu , Aina sekarang bekerja bu , di kedai Ah Tian ,Aina minta maaf sangat-sangat sebab tak beritahu ibu dan ayah” “Aina ,kenapa Aina tak beritahu ayah dan ibu, bukan ibu tak benarkan Cuma terlalu bahay untuk Aina untuk bekerja di kedai kerana Aina perempuan lainlah kalau lelaki.”,kata ibu ku. “Sudahlah Aina ibu izinkan Aina bekerja di sana tetapi Aina harus meminta juga kebenaran ayah ,nanti kalau terjadi apa-apa ayah pula susah,ingat tu jangan lupa.”Aku lega mendengar kata- kata ibu itu.Entah mengapa terasa bagaikan terlepas satu beban yang begitu besar dari bahuku setelah sekian lama bertapak.


Kini aku kembali bekerja dengan hati yang gembira kerana ayah aku juga turut membenarkan aku bekerja di kedai Ah Tian.Aku akan berusaha sehingga ku berjaya dan membanggakan kedua ibu bapaku.Aku yakin ini merupakan rahmat yang Tuhan berikan kepadaku setelah hatiku mengharap seratus peratus kepadaNya.Alhamdulillah.

6 ulasan:

  1. ada gaya penulisan...
    tapi hidayah perlu lebih banyak membaca n belajar tentang penulisan...
    insyaallah boleh dipertingkatkan lagi...

    +angah+

    BalasPadam
  2. salam alaik.. ckp ngn Ah Tian bahasa cina maa?
    wey ley pin tou wa:D:D
    (ntah hape2):P
    salam ukhwah ya ukhti!!
    keep blogging for the sake of ALLAH!!:D:D

    BalasPadam
  3. Wo dan ran ken ta jiang huo yi dek maaa

    BalasPadam
  4. Cite ni berdasarkan pengalaman sebenar ke? Cikgu ana kata banyak karangan yang berperasaan (ada feeling) yang ditulis oleh pelajar2 berasaskan pengalaman sebenar. Ana dapat rasa feeling time baca sebab 2 ana tanya, tapi kalu x nak jawab pun xpe, ana faham, hak privasi la kan.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas komen yang diberikan...sebenarnya cerita ini ialah berdasarkan penyelidikan disertakan dengan pengalaman yang pernah dilalui semasa waktu dahulu .Terima kasih mengunjungi laman ini.Ianya bukan satu privasi sebab saya siarkannya lainlah kalau saya tak tulis apa-apa.

    BalasPadam
  6. Jikalau begitu mengapa anti menggunakan aina dan tidak menggunakan nama anti? Inilah sebabnya ana menanyakan soalan diatas kerana ana dapat rasakan yang tulisan dari pengalaman adalah menakjubkan. Yang tersurat mesti ada yang tersirat, rahsia disebalik penulisan selalunya disembunyikan. Seseorang yang berani sahaj mengaku terang-terangan macam anti, menulis dgn kebenaran. Bacalah komen ini byk2 kali dan fikirkannya tetapi mungkin anti masih lagi x faham maksudnya. Tapi kalau x mahu baca pun tidak mengapa.

    BalasPadam