Rabu, 9 Disember 2009

Antara kaca dan permata atau keduanya sama belaka

Mengapa sesetengah masyarakat kita kini gemar melihat SBP sebagai sesuatu yang mengagumkan dan berprestij.Adakah perbezaan antara sekolah berasrama penuh dengan sekolah harian biasa samada berasrama atau tidak.Mengapa pelajar daripada sekolah berasrama penuh sering membusung dada menyatakan mereka ialah yang terbaik kerana mereka berada di sekolah yang terpilih.Persoalannya , adakah pelajar sekolah harian biasa yang tidak terpilih tidak setaraf dengan mereka?Tidak sama sekali.Kita semua serupa.Diciptakan oleh Maha Pencipta yang Agung , masih makan makanan malah ada yang makan makanan yang digalakkan oleh WTO sekali walaupun ianya membawa khasiat yang sama dengan makanan yang sedia ada masakan ada yang makan emas untuk menjadi lebih bijak daripada yang lain , tidur berbaring , masakan ada yang meniarap , berguru dengan guru yang ditauliahkan , semuanya masih tetap sama namun mengapa ? mengapa ? mereka dibezakan?Sukatan pelajaran yang dipelajari juga tetap sama .Adakah kerana otak yang dimiliki pelajar sekolah berasrama penuh jauh lebih besar daripada otak pelajar di sekolah harian biasa atau dek kerana otak pelajar sekolah harian biasa yang terlalu kecil seperti otak unta yang jauh lebih kecil daripada matanya.Itu semua bohong belaka , hanya mereka yang tidak membaca yang akan mengatakan sedemikian rupa.Menurut kajian otak manusia ini akan berhenti membesar apabila sesorang manusia tiu mencapai usia 15 tahun.Nah sudah terang lagi bersuluh bahawa tiada bezanya antar pelajar dari sekolah berasrama penuh atau sekolah harian biasa.


Tetapi…..mengapa segala peruntukan hanya difokuskan kepada sekolah berasrama penuh atau sekolah yang mendapat pengikhtirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.Memang alasannya karana ingin terus memajukan sekolah berkenaan dan jika difokuskan kepada sekolah harian biasa mungkin hanya akan membazirkan wang sahaja , namun tidakkah kita semua terfikir jika kita Satu Malaysia sama ada pelajar sekolah berasrama penuh atau sekolah harian biasa dilayan sama rata , tidak kah kemungkinan besar kita semua akan setaraf dan tidak akan ada yang akan membusung dada.Cuba kita semua bayangkan sekiranya peruntukan wang yang lebih kepada sekolah harian untuk kebaikan mereka seperti penyediaan kelas tambahan , menyediakan kemudahan seperti perpustakaan generasi ketiga yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang akan membantu pembelajaran mereka malah guru – guru juga akan lebih mudah mengajar dengan alat bantuan pengajar yang canggih dan memudahkan para pelajar untuk memehami sesuatu topic pembelajaran.Maka pelajar dari sekolah ini juga akan mencapai kejayaan sebagai mana yang telah dikecapi oleh pelajar daripada sekolah berasrama penuh.

Selain itu , persoalannya adakah pelajar SBP ialah permata dan pelajar daripada sekolah harian biasa ialah kaca atau kedua –duanya hampi serupa sahaja.Sebenarnya penekanan yang diberikan di sekolah harian adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan sekolah berasrama penuh.Mengapa dikatakan pelajar SBP lebih cemerlang , mengapa tidak pelajar sekolah harian juga dididik atau diajar serta diberikan harapan seperti SBP ,sekiranya perkara ini direalisasikan nescaya pelajar daripada sekolah harian biasa juga akan secemerlang pelajar SBP. Lihat sahaja anak emas KPM masih pelajar daripada SBP Sekiranya pelajar SBP ditempatkan di sekolah harian biasa , adakah mereka akan mencapai taraf berprestij di Malaysia , dengan pendekatan yang biasa, dorongan yang biasa sahaja malah belum kemungkinan menjadi harapan KPM malah jauh sekali , adakah mereka juga akan cemerlang ? Ini lah yang dikatakan pengaruh persekitaran yang terwujud dan KPM harus segera menanganinya.Pelajar SBP juga banyak dilibatkan dengan program hingga ke peringkat internasional dan pelajar sekolah harian biasa hanyalah peringkat daerah sahaja , maka pemikiran mereka , pengalaman mereka akan jauh ketinggalan daripada pelajar daripada pelajar SBP.Mengapa ya sering berlaku perkara sedemikian , adakah pelajar sekolah harian dianggap sebagai kaca yang tidak ada nilai harganya di mata kita semua , saya tidak akan mengfokuskannya kepada KPM sahaja ,kerana bukan KPM sahaja yang melihat hal ini sedemikian , malah para ibu bapa juga berpendapat sedemikian rupa.Perkara ini memerlukan pemikiran orang yang luas pengalamannya samada pernah mengajar di SBP atau de sekolah harian biasa atau pernah menuntut di sekolah berkenaan bagi mengupas solusinya yang efektif.Sama – samalah kita memikirkan nya supaya kita tidak terpedaya dengan mata kita tetapi sebaliknya menilai menggunakan mata hati yang sentiasa jujur dengan kita.

2 ulasan:

  1. There are success if there are focus, don't be over greedy young lady. I'm afraid of "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran". There are many officers in the KPM, one of them must be thinking so we must 'husnuzhan' at them. Just patient, they what they must do. Sorry for giving opinion againts yours.

    BalasPadam
  2. correction at the sentence "they what they must do": they know what they have to do

    BalasPadam