Selasa, 8 Disember 2009

Negara Yang Tergegar


Negara Yang Tergegar


Negaraku kini bebas merdeka setelah sekian lama dijajah oleh penjajah yang kejam lagi durja.Kini saya bebas ke mana saja yang ingin saya pergi walaupun hingga nun jauh di antartika berbeza dengan 52 tahun dahulu di mana nenek saya harus meninjau keadaan skeliling barulah berjalan perlahan ke kebun getah al- maklumlah orang dahulu kala hanya kerja sebagai seorang penoreh getah dan mereka akan bangun pada awal pagi untuk bersiap sedia ke kebun getah.Sebelum kaki menjejak ke luar rumah si ibu akan memastikan makanan tersedia untuk alas an anak –anak yang masih nyenyak meligkar di buai mimpi malam semalam ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang sejuk sehingga dapat menusuk hingga ke tulang sum- sum.Berbeza dengan kehidupan kita yang serba canggih pada hari ini .Ibu bapa tidak perlu risau tentang pemakanan anak- anak kerana sudah terjaga oleh si bibik- bibik Indon yang asal usulnya entah dari mana.Dahulu makanannya hanya lah ubi- ubi yang ditanam di belakang kebun tapi kini makanannya ialah yang enak- enak belaka hingga menjilat jari misalnya …..perlukah diberitahu ??kita semua sudah arif- arif belaka tidak perlu diberitahu sudah tersemat di minda……Ayah jom kita ke macdonald….ayah jom kita ke KFC…..ayah jangan lupa pula PIZZA HUT yang “hot” punya.
Sekarang saya ingin bercerita satu cerita yang kamu semua tak tahu iaitu dahulu Negara kita pernah dijajah dan setelah kita mencapai kemerdekaan kita masih tidak merdeka secara mentalitinya .Apa tu????Hal ini kerana masih wujud ketidak sefahaman antara kita rakyat ketika itu sebagai contoh kita lihat sahaja kejadian 13 Mei 1969 iaitu kejadian rusuhan kaum yang menyebabkan Parlimen digantung dan Majlis Tindakan Negara atau MAGERAN ditubuhkan untuk memerintah Negara dengan Timbalan Perdana Menteri,Tun Abdul Razak sebagai Pengarah.Pada ketika itu juga pelbagai dasar telah diwujudkan oleh Abdullah iaitu Perdana Menteri Ke-5 pada ketika itu ialah seorang Setiausaha MAGERAN kerana beliau banyak memeri maklum balas dalam menggubal dasar- dasar baru yang diperkenalkan selepas rusuhan itu berlaku.Jika dikenangkan sebenarnya kita semua masih belum bersedia untuk merdeka dari sudut pemikiran atau emosi kerana kita mudah sahaja untuk mengikut kepentingan diri tanpa memikirkan tentang masyarakat lain ,ini sesuatu yang amat memalukan kerana kita sudah merdeka pada waktu itu tetapi masih menunjukkan kelakuan seperti orang yang sedang menuntut kemerdekaan.Selain itu ,pelbagai budaya barat yang telah diserapkan ke Negara kita ini telah melambatkan lagi kemerdekaan daripada minda kelas ketiga.Mengapakah demikian rupanya?Sepatutnya budaya barat ini membawa kita ka arah kemajuan kerana mereka terlebih dahulu mencapai kermerdekaan daripada kita, tetapi sebaliknya yang berlaku hari ini.Kita lihat betapa kerana adanya budaya barat ini menyebabkan mereka tlah terpesong jauh dari landasan yang membawa mereka kepada kebenaran dan keharmonian Negara.Hanya mereka yang benar memanfaatkannya serta bijak menggunakan minda kelas pertama utuk menilainya yang mampu untuk menjadikn Negara ini maju seiring dengn Negara maju yang lain bak kata pepatah duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Negara maju di seantero dunia yang lainnya.Misal yang dapat dijadikan contoh ialah budaya shuffle sekarang yang begitu digemari para remaja.Banyak remaja yang memberikan alasan bahawa mereka berasa seperti orang yang mengikut tren terkini sekiranya shuffle dilakukan dan tidak ketinggalan zaman kononya.Bagi yang cerdik pandai mereka akan mengatakan bahawa bukan kah kini masing –masing kita mahukan ilmu maka kalau kita tidak membaca sebagai mengisi masa lapang maka kita akan ketinggalan zaman .Sungguh berbeza dengan apa yang dikatakan oleh mereka yang menggunakan masa untuk shuffle.Sebenarnya apa yang dikatakan oleh mereka yang cerdik pandai ada betulnya tetapi lebih tepat dan molek jika mereka mengatakan bahawa di samping itu juga mereka akan melakukan aktiviti yang melibatkan kinestetik yang boleh mengeluarkan peluh seterusnya menjana kecemerlang yang lebih berganda kerana mereka akan memperoleh kecergasan badan secara tidak langsung menyumbang kepada kecerdasan minda bak kata pepatah arab bahawa minda yang cerdas itu datangnya daripada badan yang sihat.Kita haruslah melengkapkan segala keperluan kita sebagai manusia dan jangan disebabkan kita terlalu mementingkan sesuatu aspek sehingga mengabaikan aspek lain yang mungkin lebih penting tetapi disebabkan keperluan yang bagitu mendesak agar diutamakan terlebih dahulu maka kita hilang hak kita untuk memperoleh yang terbaik dalam kehidupan kita.Itu lah contoh budaya yang telah diserapkan di Negara kita yang tercinta.Persoalannya mahukah kita melihat Negara kita terus musnah disebabkan kita yang masih tidak berusaha untuk menegur rakan –rakan kita yang tersasar dari jalan yang sepatutnya di ikuti? Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh mata hati dan minda bawah sedar kita semua sebagai insani.

Mahukah kita melihat bangsa kita masih pada takuk yang lama dan menjadi sampah masyarakat ,jemu mata memandang.Ingatlah kita masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bangsa yang lainnya di Malaysia.Kita tidak gemar membaca kerana membaca membuang masa kita untuk melakukan tugasan yang lain malah dalam kalangan masyarakat pelajar juga masih terdapat fenomena sebegini .Walaupun mereka merupakan aset yang mampu untuk membaca pada bila –bila masa yang diingini kerana mereka begitu rapat dengan bahan bacaan namun mereka masih tidak membaca yang hanya dibaca ialah bahan picisan semata-mata yang akan merugikan mereka sendiri bukan ibu atau bapa yang akan rugi tetapi mereka sendiri.Hairan ya remaja kini ,tidak bolehkah mereka menilai yang mana itu permata dan yang mana itu kaca yang akan menguntungkan mereka .Bagaimanakah ingin menyedarkan mereka….hanya motivasi diri yang mampu menyelami jiwa mereka seterusnya membuahkan kesedaran yang hakiki dan abadi.Sebenarnya menerusi membaca itu mampu untuk melahirkan generasi yang mampu untuk berfikir dengan lebih bijak dan berwawasan.Ini lah yang dikatakan generasi yang berminda kelas pertama yang mampu untuk menjayakan misi nsional Negara menjelang tahun 2020.Negara memerlukan mereka yang berwawasan untuk memimpin Negara kelak selepas pucuk kepimpinan jatuh kepada generasi kini.Ibnu Khaldun pernah berkata jika kita ingin melihat maju mundurnya sesebuah Negara itu pada masa hadapan lihatlah pada generasi mudanya pada masa kini.Sekiranya pemuda dan pemudi kini mengamalkan budaya membaca bahan bermanfaat nescaya mereka mampu untuk menerajui Negara dengan lebih berkesan serta mungkin mampu untuk mewujudkan sebuah Negara yang disanjung oleh Negara lain untuk pelbagai aspek.Pengetahuan futuristic itu begitu penting untuk dijadikan media kepada kemajuan Negara pada masa hadapan.Mahukah kita menjadikan Negara seperti Negara Indonesia dahulu kala semasa pemerintahan Presiden Soekarno yang melakukan peminjaman wang daripada IMF(TABUNG KEWANGAN DUNIA) kerana waktu itu mereka kesempitan wang dan demi membantu rakyatnya ,beliau meminjam wang dari pada IMFdan sehingga sekarang mereka terpaksa hidup dalam keadaan berhampas pulas kerana mereka masih berhitang dengan IMF dan bunga bagi peminjaman wang itu meningkat selagi mereka tidak mampu menjelaskannya.Persoalannya mengapa Soekarno tidak memikirkan tentang kesannya di kemudian hari?Adakah beliau berfikiran futuristic ataupun sebaliknya?Hanya kita yang cerdik sahaja yang mampu untuk memikirkan yentang perkara ini kerana kita membaca dan kita menilai perkara ini dengan ilmu yang kita ketahui.Apa yang penting kita perlu mempunyai pemikiran futuristic dan sentiasa berfikiran jauh agar maruah bangsa kita terpelihara.

Selain itu , kita lihat juga pelbagai masalah social yang berlaku kini.Adakah ini yang dikatakan sebagai bangsa yang merdeka selepas 52 tahun? Jika begini lah kita , tidak mustahil suatu masa nanti kita akan dijajah kembali oleh bangsa luar .Mungkin melalui cara yang lain , psikologi , kebudayaan dan sebagainya yang di luar pengetahuan kita kerana kita terlalu lalai dan leka dengan kemerdekaan yang telah kita kecapi.Mari sama –sama kita melihat cara berfikir remaja sekarang ,mereka lebih mementingkan hiburan dan setiap perkara yang dilakukan wajib ada hiburan yang akan menjadikan mereka lebih brsemangat untuk melakukan sesuatu, itu kata mereka.Inilah kebudayaan yang dikatakan dalam bahasa saintifiknya sebagai hedonisme yang akhirnya akan membawa kemusnahan kepada sesuatu bangsa.Mahukah kita semua hancur dek kerana bangsa yang lalai dan tidak sedar dengan kehadiran penjajahan era baru yang akan menjebakkan diri mereka ke kancah kehinaan.Kerana nila setitik rosak susu sebelanga , mengapakah demikian ?Hal ini kerana mereka telah menyebabkan kita semua rakyat Malaysia dipandang rendah oleh bangsa asing yang melihat sesuatu yang diagung –agungkan di Malaysia ini sebenarnya sesuatu yang merugikan dan berbeza dengan langkah untuk menuju ke arah kejayaan negara pada masa hadapan.

Seterusnya , kita lihat pula perkara yang lebih penting untuk diperkatakan dan berkaitn dengan kesihatan kita.Perkara tersebut ialah penagihan najis dadah.Perkara ini akan mengancam keselamatan Negara dan kerugian anggota masyarakat.Lebih 60% kejadian jenayah dilakukan oleh penagih dadah.Kebanyakannya mencuri , meragut , pecah rumah , dan merompak untuk mendapatkan wang bagi membiayai pembelian dadah .Ini kah bangsa kita walaupun sudah 52 tahun kita merdeka? Terumbang ambing seperti kapal yang tidak bernakhoda di tengah laut yang berombak.Keadaan ini melibatkan kesan social kepada keluarga yang kehilangan tempat bergantung serta hubungan kekeluargaan yang berpecah belah.Keluarga yang berpecah belah akan mendatangkan kesan rantaian social apabila anak-anak turut terjerumus dalam kegiatan jenayah.Mahukah kita mengulangi sjarah datuk nenek moyang kita terdahulu , disebabkan kekurangan ilmu dan kelalaian kita telah terperangkap dengan pihak penjajah , hal ini hanya mampu dijawab oleh mereka yang berfikir menggunakan akal fikiran yang sihat dam menilainya dengan menggunakan mata hati yang murni.Pernahkah kita semua mendengar kisah peperangan candu antara Negara China dengan British yang menyebabkan mereka mengalami pelbagai kerugian.Oleh sebab pengarauh candu yang begitu memukau minat masyarakat China sehingga mereka sanggup menggadaikan Negara tempat tumpahnya darah mereka sendiri.Inilah pengaruh kuat yang telah dibawa dari Negara luar terutamanya Negara barat yang akhirnya memusnahkan kita semua , mahukah kita hancur?Sebelum itu ,adakah kita semua tahu apa itu perang candu?Saya yakin dan percaya hanya 30% sahaja yang mengetahuinya kerana masyarakat di Malaysia tidak gemar membaca tambahan pula bahan bacaan yang berkaitan dengan sejarah.Jadi bagaimanakah kita semua ingin mengekalkan keharmonian Negara yang telah merdeka ini?Bagi yag tidak mengetahhui sejarah berkenaan perang candu antara China dan British ini marilah saya akan menceritakan serba sedikit tentangnya.





Perang Candu


Tarikh
1839–1842, 1856–1860
Tempat
Selatan China, termasuk Canton (
Guangzhou) dan Hong Kong
Hasil
Kemenangan berpihak kepada kuasa Barat keatas China, yang membawa kepada
Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin
Perubahanwilayah
Pulau Hong Kong dan selatan Kowloon menjadi hak milik United Kingdom



Perang Candu, juga dikenali sebagai Perang Anglo-China, yang merupakan kemuncak pertelingkahan perdagangan dan diplomatik yang tercetus diantara
Dinasti Qing dibawah China dengan Empayar British selepas China mencari jalan untuk menghalang British daripada penyeludupan candu. Peperangan ini merupakan sebahagian daripada Perang Candu Pertama dari 1839 sehingga 1842 dan Perang Candu Kedua dari 1856 sehingga 1860.
Candu, adalah sesuatu yang tidak diharamkan bagi negara
United Kingdom, di mana ianya diseludup oleh saudagar pedagang dari India British ke dalam China dengan mengingkari undang-undang larangan China. Penyelesaian secara diplomatik mungkin dapat menyelesaikan masalah ini tetapi masalah dalam komunikasi dan pengasingan yang diamalkan oleh China menyebabkan usaha perbincangan tidak dapat dilakukan. Peperangan secara terbuka antara Britain dan China tercetus pada 1839. Peperangan yang tercetus menyebabkan kontroversi di Britain dan mendapat kritikan yang hebat daripada William Gladstone. Perbalahan yang berlanjutan keatas layanan yang diberikan keatas pedagang British di pelabuhan China menyebabkan berlakunya Perang Candu Kedua.
China yang kalah pada kedua-dua peperangan menyebabkan kerajaan China terpaksa membenarkan candu diperdagangkan . Pihak Britain telah memaksa kerajaan China supaya menanda tangani
Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin, juga dikenali sebagai Perjanjian Berat Sebelah, antara perjanjian ini ialah persediaan untuk membuka pelabuhan tambahan dengan tiada larangan kepada pedagang asing, penetapan tariff tetap, diakui oleh kedua-dua negara sebagai sama dalam surat menyurat. Pihak British juga mendapat hak wilayah yang lebih besar. Terdapat beberapa negara yang mengikuti Britain dan melihat perjanjian yang sama dengna pihak China. Ramai orang China mendapati perjanjian ini satu penghinaan dan sentimen ini telah menyebabkan Perbalahan Taiping (1850-1864), Perbalahan Boxer (1899-1901) dan kejatuhan Dinasti Wing pada 1912 yang menyebabkan berakhirnya Dinasti China. Peperangan Candu telah menyebabkan dan memaksa supaya China lebih terbuka kepada dunia luar.

Perdagangan secara terus antara pihak
Eropah dan China bermula pada kurun ke-16, selepas pihak Portugis berjaya menawan penempatan India di Goa pada pertengahan kurun ke-16, dan Macau pada tahun 1557 di Selatan China. Selepas pihak Sepanyol memperolehi Filipina, pertukaran barangan dagangan antara China dan Barat meningkat dengan mendadak. Kapal layar Manila yang membawa masuk lebih banyak perak terus dari lombong Amerika Selatan ke China dan kemudian melalui jalan darat yang dikenali sebagai Jalan Sutera. Apabila terlalu banyak barang dagangan dibawa masuk, kerajaan Qing cuba untuk mengehadkan kontrak perjanjian dengan negara luar, mengehadkan pertukaran barang di pelabuhan Canton (kini dikenali sebagai Guangzhou). Perdagangan merupakan subjek yang perlu diselidiki dengan teliti oleh pegawai China. Empayar Sepanyol mula menjual candu, bersama-sama dengan barangan keluaran baharu seperti rokok dan jagung, ke China supaya dapat mengelakan defisit ke atas perdagangan yang menyebabkan harga melebihi perak
Disebabkan kekurangan permintaan ke atas barangan dagangan Eropah dari pihak China, dan permintaan yang tinggi terhadap barangan China dari pihak Eropah seperti
teh,sutera dan tembikar menyebabkan pihak pedagang Eropah terpaksa membeli barangan keluaran China dengan perak, barangan yang hanya diterima oleh pihak China. Dari pertengahan kurun ke-17 lebih kurang 28 juta kilogram perak telah diterima oleh China, disebabkan oleh kuasa permintaan yang tinggi dari Eropah, bagi membuat pertukaran barangan dengan pihak China. Masalah pihak Britain bertambah lebih rumit apabila mereka mengunakan standard emas dari pertengahan kurun ke-18 dan ini menyebabkan pihak Britain terpaksa membeli perak dari negara-negara Eropah yang lain, menyebabkan beban hutang akibat daripada tambahan kos pertukaran.
Pada kurun ke-18, walaupun mendapat protes daripada kerajaan Qing, pihak perdagang British mula mengimport candu dari
India. Disebabkan oleh rasa yang kuat dan tarikan semula jadinya, candu merupakan salah satu cara yang berkesan dalam menagani masalah perdagangan yang dihadapi oleh pihak British. Apabila perminataan terhadap candu yang mendapat sambutan yang baik daripada ribuan orang China yang ketagih dengan candu. Pada 1729, Emapayar Yongzheng telah mengharamkan jualan dan rokok yang dibuat daripada candu, dan hanya membenarkan sebahagian kecil bilangan candu diimport ke China bagi tujuan perubatan.



Sekarang kita sudah mengetahui sejarah , mahukah kita mengulanginya sehinggakan nanti Negara kita tergadai.Mahukah kita begitu rupa.



Selain itu , pernah kita mendengar pepatah yang mengatakan bahawa yang kurik itu kendi yang merah itu saga , yang cantik itu budi yang indah itu bahasa.Saya yakin dan percaya kita semua pernah mendengarnya masakan bangsa Melayu tidak pernah mendengarnya.Namun reality yang dapat dilihat pada hari ini ialah budi bahasa yang indah telah hilang ditelan zaman .Semakin canggih zamannya semakin pudar budi bahasanya , entah mengapa.Sesuatu yang amat dikesalkan mengapa amat susah unuk kita meneruskan budaya itu ,adakah cacat cela padanya atau sengaja diluputkan daripada masyarakat yang serba mementingkan kemodenan untuk mengejar arus globalisasi kerana apabila aspek tersebut diutamakan maka kita akan ketinggalan kerana masing – masing bersaing untuk memperolehi kejayaan walaupun terpaksa mengamalkan matlamat menghalalkan cara .Dimanakah hilangnya budi bahasa dan nilai sebagai satu bangsa atau sekarang lebih luas lagi iaitu Satu Malaysia.Dimanakah hilangnya jati diri sebagai seorang pembela bangsa yang tidak takut akan sebarang kemungkinan termasuklah kerugian .Itu semua adalah ujian sebelum didatangkan kesenangan yang nyata.Segala ketentuan itu bergantung kepada kaikhlasan dan kesungguhan kita mengusahakan sesuatu bukan melalui penipuan dan pengkhianatan.Adakah Negara kita akan kekal harmoni selamanya atau sementara sahaja sebagai ujian kapada kita tentang bagaimana kita akan menjaganya menjadi lebih baik atau bagaimana kita membela Negara ini supaya terhindar dari sebarang anasir luar yang akan menjatuhkan kita.Hanya kita yang dapat menentukannya menggunakan mata hati untuk menilainya kerana mata hati tidak pernah berbohong kepada kita.

Bangunlah wahai anak bangsa ………..adakah kau lupa kita pernah berjaya mahukah kita melihat Negara kita dijajah buat kali kedua ibarat pisang yang berbuah dua kali pastinya tidakkan jadi kita harus kuat menentang segala yang negative supaya kita menjadi kuat dari sudut jasmani , emosi, rohani dan intelek.Kita harus praktikkan pemikiran minda kelas pertama tetapi bagaimana jika kita tidak membaca .Jadi kita harus giatkan pembacaac secara intensif bukan hanya hangat –hangat tahi ayam sahaja kerana kita berfikir demi bangsa kita.Selain itu , pengamalan lima aspak modal insane mampu menjadikan kita insane yang berguna bukan sahaja kapada diri kita sendiri malah kepada seluruh masyarakat di Malaysia ini.Antara lima aspek tersebut ialah yang pertama , mengenali emosi sendiri , kedua mengendalikan emosi sendiri , ketiga mengenali emosi orang lain , keempat mengendalikan perhubungan dan yang terakhir mempositifkan emosi yang negative.Walau apa pun yang kita lakukan kita harus berbalik kepada pengurusan emosi yang stabil kerana emosi yang stabil menyumbang sebanyak 80% kejayaan seseorang dalam sesuatu perkara , sebenar nya ini merupakan perkara pokok yang harus diutamakan berbanding dengan aspek – aspek yang lain .Kadang kala istilah emosi ini sukar ditafsirkan kerananya labih kepada hal peribadi sebagai manusia.Terdapat tiga aspek emosi iaitu dapat dijelaskan dengan perkataan seperti mimik muka , bahasa , postur , dan physiologicalbiochemical.



Kecerdasan emosi ini mula-mula digunakan pada 1990 oleh pakar-pakar psikologi Peter Salovey dan John Mayer untuk menjelaskan tentang kualiti-kualiti penting untuk mencapai kejayaan.Kemudian Daniel Goleman pula pada tahun 1995 menulis bukunya EMOTIONAL INTELLIGENCE dan berjaya membangkitkan kesedaran orang ramai tentang konsep ini.Sebenarnya perkara ini sudah lama disedari namun aplikasinya secara berkesan masih tidak dapat dilihat kerana pemfokusannya terhadap perkara lainnya yang mungkin dianggap lebih penting .Dilihat kepentingannya maka perkara ini sudah diterapkan ke dalam system pendidikan Negara melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang menekankan aspek emosi bergerak seiring dengan aspek intelektual.Perkara ini dapat dilihat apabila aspek kokurikulum itu dititikberatkan dan aspek ini juga penentu kepada kemasukan seseorang ke IPTA mahupun IPTS.Lihatlah bagaimana usaha kerajaan untuk menjadikan kita bangsa berjaya namun tanpa iringan kita dengan menberikan sokongan nescaya usaha kerajaan ini ibarat mencurahkan air ke daun keladi .Walaupun kita tidak secara langsung terlibat dengan kemerdekaan yang dikecapi oleh pejuang-pejuang terdahulu ,kita boleh melibatkan diri dengan menyokong usaha kerajaan supaya kesejahteraan dapat dikekalkan.Lihatlah betapa pentingnya aspek emosi ini kerana dengan emosi yang stabillah pejuang-pejuang terdahulu dapat memberikan konsenterasi yang cemerlang untuk menentang penjajah masakan dengan emosi yang tidak stabil mereka mampu menumpaskan penjajah.Kita harus banyak mencontohi mereka dengan nilai yang telah mereka tonjolkan.Kita pula sebagai generasi sekarang harus mengaplikasikan aspek tersebut dengan menentang hawa nafsu dan bijak menilai sesuatu yang baik.




Walau apa pun yang terjadi kita sebagai rakyat Malaysia harus memiliki semangat nasionalisme yang tinggi dan bersedia untuk mempertahankan Negara daripada sebarang ancaman musuh.Kita harus sedia dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek.Ingat !Kita juga harus berusaha untuk memartabatkan negara kita hingga ke persada antarabangsa supaya kita dapat berdiri standing Negara maju yang lain .Sebenarnya perkara ini sudah pun ditonjolkan oleh seorang anak watan Malaysia yang bercita – cita tinggi sejak berusia 10 tahun lagi.Beliau yang bercita – cita ingin menjadi seorang angkasawan Negara telah berjaya menjejakkan kaki nya ke stesen angkasa lepas antarabangsa pada tahun 2007 di mana pada waktu itu rakyat Malaysia sedang menyambut bulan Ramadhan .Beliau yang dimaksudkan ialah Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Syukur yang merupakan angkasawan Malaysia yang pertama dan beliau telah berjaya menjalankan penyelidikan di sana dan ditemani angkasawan lain dari Amerika Syarikat dan Russia.Lihatlah anak bangsa kita yang mampu untuk menjejakan kaki ke ISS dan berbakti kepada masyarakat seluruh dunia bukan sahaja kepada Malaysia apabila kajiannya diterima nanti .Beliau sewajarnya dicontahi dan diteladani oleh generasi muda sekarang.Beliau merupakan anak Malaysia pertama yangberjaya menjejakkan kaki ke atas kapal Russia standing dengan Norman Thagard yang merupakan angkasawan pertama Amerika Syarikat yang menaiki kapal Russia ke ISS pada tahun 1995.Kita sebenarnya sama sahaja dengan Negara luar cuma kita perlukan usaha yang lebih keras lagi untuk menjadi lebih baik daripada mereka.Kita harus ingat bahawa mereka dahulu kala pernah menjajah Negara kita untuk mengaut keuntungan di Negara kita jadi kita berpeluang untuk lebih maju daripada mereka kerana kita pusat untuk pelbagai kegiatan ekonomi sama ada dari segi pemasaran , bahan mentah dan sebagainya.Masakan kita tidak mamapu memajukan Negara kita sendiri dengan ada nya kemudahan sedemikian.Angkasawan pertama Negara sudah menunjukkan semangatnya sebagai rakyat yang sayangkan negaranya dan kita harus mencontohinya.Seorang lagi nasionalis Negara iaitu Datin Seri Paduka Syarifah Mazlina yang berjaya menaung Kutub Utara .Beliau telah menyebabkan kita dipandang tinggi oleh masyarakat luar Negara dan ini menunjukkan kita mempunyai kekuatan yang sama untuk setaraf dengan Negara luar yang lain.Pada usia beliau 42 tahun beliau berjaya menakluk Kutub Utara , maka ini satu pencapaian yang amat cemerlang.



Negara kita milik kita ,kita harus memeliharanya sehingga ke titisan darah terakhir kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang mengenang budi.Apa pun yang terjadi kesungguhan itu yang menentukan kejayaan kita pada masa hadapan .Oliver Gold Smith pernah berkata keunggulan yang terunggul ,bukan kerana kita tidak pernah jatuh tetapi kita bangkit semula selepas kita jatuh.Ayuh … ayuh bangunlah bangsa Malaysia sama –sama kita pelihara Negara kita yang aman makmur ini supaya tidak dijajah dengan jajahan berbentuk baru.Bangkitlah semuanya jangan ada yang malas- malasan kita sudah menang dan kini kita harus mengekalkan kemenangan itu.Goerge Santayana ada mengatakan jika kita tidak mempelajari sejarah maka kita akan mengulanginya.

“Nak kau di mana nak? Apa yang kau buat di situ lama – lama ?”
“Ibu , saya sedang mencoret warkah supaya anak cucu kita nanti dapat mengenali erti kemerdekaan yang sebenarnya “

Tiada ulasan:

Catat Ulasan