Cantik kan pemandangan ni . Kalau nak tahu nanti suatu hari saya akan bawa orang yang saya sayangi ke tempat ini untuk menikmati keindahan Allah . Orang itu ialah ibu bapa saya yang mengajarkan saya erti kehidupan meskipun bukan dengan wang ringgit tetapi dengan nasihat. Ibu bapa saya bukan orang yang berharta , namun mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah seperti mereka. Tetapi saya inginkan cuma satu perkara iaitu kecintaan mereka kepadaku kerana dari situ akan lahir kecintaan Allah kepadaku , itulah yang sebenarnya saya dambakan. Cukuplah suatu hari nanti apabila tiba waktuku untuk meninggalkan mereka dan memikul tanggungjawab yang pernah dilalui mereka , cukuplah kalau diriku ini dipimpin oleh mereka yang benar-benar mengerti erti kehidupan.....
Aku tersenyum sendirian apabila memikirkan apa yang bakalku coretkan kali ini.' Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul' , buku ini ialah karya Fatimah Syarha tapi siapakah dia ?? Beliau ialah idolaku , banyak pengalamannya sendiri yang dicoretkan ke dalan buku tersebut. Bagi kawan-kawan di luar sana yang bakal mendirikan masjid atau ingin mengetahui pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis tentang percintaan , silalah dapatkannya di kedai buku yang berhampira...bes!!!
Selamat sejahtera semua...! Setelah sekian lama menagih pengalaman , pena dihentikan bagi menghirup secangkir ilmu akhirnya diberikan kesempatan dari Illahi untuk melakar warkah jihad untuk agamanya....
"Memilih betullah ko ni" , kata Suraya kepadaku sambil mengerling tajam...ish , kekadang tu takut jugak."Ape yang memilih nyer cik kak oii...hehe" ,usikku , sedangkan aku tahu apa maksud Suraya ...tp segala-galanya ku serah kepada Allah yang lebih mengetahui...
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dibatasi,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solihah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solihah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah
bak permata yang menyinari alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan bangga dengan kecantikan wajahmu,
kerana satu hari nanti ia akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan didalamnya,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku, Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"