Isnin, 14 Mac 2011

Hari ini...

Cantik kan pemandangan ni . Kalau nak tahu nanti suatu hari saya akan bawa orang yang saya sayangi ke tempat ini untuk menikmati keindahan Allah . Orang itu ialah ibu bapa saya yang mengajarkan saya erti kehidupan meskipun bukan dengan wang ringgit tetapi dengan nasihat. Ibu bapa saya bukan orang yang berharta , namun mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah seperti mereka. Tetapi saya inginkan cuma satu perkara iaitu kecintaan mereka kepadaku kerana dari situ akan lahir kecintaan Allah kepadaku , itulah yang sebenarnya saya dambakan. Cukuplah suatu hari nanti apabila tiba waktuku untuk meninggalkan mereka dan memikul tanggungjawab yang pernah dilalui mereka , cukuplah kalau diriku ini dipimpin oleh mereka yang benar-benar mengerti erti kehidupan.....

Bacalah buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul , banyak pengalaman bermakna yang dapat dipraktikkan...selamat beramal !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan