Selamat sejahtera semua...! Setelah sekian lama menagih pengalaman , pena dihentikan bagi menghirup secangkir ilmu akhirnya diberikan kesempatan dari Illahi untuk melakar warkah jihad untuk agamanya....
Jangan terlalu memilih...? Apakah kaitannya dengan penulisan saya kali ini...? Erm...curious and curious...
"aku suka lah tengok budak yang comel-comel , nanti kalau nak kahwin , aku nak pilih pasangan yang segak-segak baru la ada kombinasi yang sempurna untuk anak yang comel bak ibu n ayahnya...hehe"...........itulah keinginan bakal-bakal ibu atau bapa pada era kini , kesemuanya hanya memandang luaran tanpa memikirkan perihal dalamnya yang lebih penting.Untuk coretan kali ini moleklah kiranya kita membetulkan ap yang salah dan melengkapkan apa yang masih kekurangan.
Kriteria bagi pemilihan pasangan hidup sebenarnya telah lama digagaskan dalam al -quran tetapi sejauh manakah ramai di kalangan kita yang berbalik merujuknya di saat kita betul-betul memerlukan bimbingan mengenai untuk memilih calon isteri atau suami....? Tepuk dada jangan tanya kepada selera kerana kita akan memilih mengikut kehendak dan mengabaikan syariat tetapi tanyalah kepada iman adakah calon pilihan kita itu mampu membimbing kita ke syurga.
Tidak kiralah dirinya itu mungkin agak sederhana kecantikannya , kurang kekayaannya , randah bentuk badannya , kurang pengetahuannya menganai hiburan atau mungkin dia agak tua daripada kamu.Tetapi dia memiliki apa yang akan kamu bawa ke syurga bersamanya kelak iaitu nikmat iman dan islam serta ihsan yang sempurna.
Jangan terlalu memilih yang sempurna kerana kita tidak akan menjumpainya dek kerana tidak ada yang sempurana di dunia ini . Molekla kiranya jika kita mengenalinya sebagai seorang yang berhati mulia dan sentiasa menjalankan amanah yang telah Allah amanahkan kepadanya..sempurna imannya maka apalagi yang perlu ditunggu ...just go laa...!
"tapikan dia tu gelap sikit la , tak bes la cam tu" , dunia-dunia , sebabkan wajah yang tampak gelap itu yang dikisahkannya , gelap wajahnya tidak bererti gelap hatinya , tiada imannya , semua itu tanggapan yang salah dan benar-benar salah kerana ada yang berwajah putih bak snow white lah kata kan tetapi hatinya bak arang yang tunggu masa untu dibakar...jangan dikisahkan itu semua kerana itu hanya lapisan dunia yang akan melalaikan kita semata.
Fikirkanlah sebelum kita ingin membuat sebarang keputusan kerana bukan redha manusia yang kita mahukan tetapi redha Dia yang menciptakan kita...
Jumaat, 11 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan