Ahad, 13 Mac 2011

Baca !

Aku tersenyum sendirian apabila memikirkan apa yang bakalku coretkan kali ini.' Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul' , buku ini ialah karya Fatimah Syarha tapi siapakah dia ?? Beliau ialah idolaku , banyak pengalamannya sendiri yang dicoretkan ke dalan buku tersebut. Bagi kawan-kawan di luar sana yang bakal mendirikan masjid atau ingin mengetahui pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis tentang percintaan , silalah dapatkannya di kedai buku yang berhampira...bes!!!

Jumaat, 11 Mac 2011

Jangan terlalu memilih...

Selamat sejahtera semua...! Setelah sekian lama menagih pengalaman , pena dihentikan bagi menghirup secangkir ilmu akhirnya diberikan kesempatan dari Illahi untuk melakar warkah jihad untuk agamanya....

Jangan terlalu memilih...? Apakah kaitannya dengan penulisan saya kali ini...? Erm...curious and curious...

"aku suka lah tengok budak yang comel-comel , nanti kalau nak kahwin , aku nak pilih pasangan yang segak-segak baru la ada kombinasi yang sempurna untuk anak yang comel bak ibu n ayahnya...hehe"...........itulah keinginan bakal-bakal ibu atau bapa pada era kini , kesemuanya hanya memandang luaran tanpa memikirkan perihal dalamnya yang lebih penting.Untuk coretan kali ini moleklah kiranya kita membetulkan ap yang salah dan melengkapkan apa yang masih kekurangan.

Kriteria bagi pemilihan pasangan hidup sebenarnya telah lama digagaskan dalam al -quran tetapi sejauh manakah ramai di kalangan kita yang berbalik merujuknya di saat kita betul-betul memerlukan bimbingan mengenai untuk memilih calon isteri atau suami....? Tepuk dada jangan tanya kepada selera kerana kita akan memilih mengikut kehendak dan mengabaikan syariat tetapi tanyalah kepada iman adakah calon pilihan kita itu mampu membimbing kita ke syurga.
Tidak kiralah dirinya itu mungkin agak sederhana kecantikannya , kurang kekayaannya , randah bentuk badannya , kurang pengetahuannya menganai hiburan atau mungkin dia agak tua daripada kamu.Tetapi dia memiliki apa yang akan kamu bawa ke syurga bersamanya kelak iaitu nikmat iman dan islam serta ihsan yang sempurna.

Jangan terlalu memilih yang sempurna kerana kita tidak akan menjumpainya dek kerana tidak ada yang sempurana di dunia ini . Molekla kiranya jika kita mengenalinya sebagai seorang yang berhati mulia dan sentiasa menjalankan amanah yang telah Allah amanahkan kepadanya..sempurna imannya maka apalagi yang perlu ditunggu ...just go laa...!

"tapikan dia tu gelap sikit la , tak bes la cam tu" , dunia-dunia , sebabkan wajah yang tampak gelap itu yang dikisahkannya , gelap wajahnya tidak bererti gelap hatinya , tiada imannya , semua itu tanggapan yang salah dan benar-benar salah kerana ada yang berwajah putih bak snow white lah kata kan tetapi hatinya bak arang yang tunggu masa untu dibakar...jangan dikisahkan itu semua kerana itu hanya lapisan dunia yang akan melalaikan kita semata.

Fikirkanlah sebelum kita ingin membuat sebarang keputusan kerana bukan redha manusia yang kita mahukan tetapi redha Dia yang menciptakan kita...

Isnin, 14 Februari 2011

citer laa...nk tau gak !

"Memilih betullah ko ni" , kata Suraya kepadaku sambil mengerling tajam...ish , kekadang tu takut jugak."Ape yang memilih nyer cik kak oii...hehe" ,usikku , sedangkan aku tahu apa maksud Suraya ...tp segala-galanya ku serah kepada Allah yang lebih mengetahui...

"Cik Siti Nur Jannah , aku ni kekadang tak paham dengan ko ni , sebenarnya yang macam mana yang menjadi idaman hati ko ni , aku dah tak sanggup lagi jadi pengirim posmen mamat-mamat kat U kita ni...penat tauu...tak tahan la aku asyik terima surat layang untuk ko...tapi ko tu buat dek je.." , bebelan si minah roomate aku mengejutkan aku sedang aku asyik menelaah buku.
"Su , klo Su penat , tak payah lah jadi posmen karat mamat-mamat kat U kita ni , jadi jer suri rumah ...hehe" sekali lagi aku mengusik Su.Kekadang tu aku sendiri pun penat nak melayan mamat-mamat kat U aku tu , tapi tak pernah layan pOn , jangan silap paham ek..sebab.................

"Sebab ape Nur ? Kalau yer pun , gtau la aku , aku kawan baik ko tau dari sekolah menengah sampai sekarang "jerkah Su pada ku...naik pekak aku dibuatnya.

"Sebab nak bersamamu wahai Suraya...huahua"

"ehh..ehh...ke situ pulak dia"

"Betul lah cik kak oii...kuikui"

"Nur , aku nak gitau ko ni ,"kata suraya

"Nak..nak , ape die??" , soalku

"Tadi waktu aku dalam perjalan balik ke hostel , aku terserempak dengan pak we ko tu"

"Ehh..ehh...sedapnyer ko cakap...nah rasekan cubitan asli aku nie", geram aku dibuatnya sampai merah aku cubit pipi sahabat aku tu

"Adui..ko ni , kalah gengster tepi jalan tauu...entah la nanti suami ko , mesti naik gila dengan ko"bebel Su

"Nak kene lagi ker ? Sampai situ pulak die " , jawabku.Realiti nya aku memang malas nak cakap bab-bab masa depan waktu ni , sebab aku masih punya tanggungjawab besar untuk dibereskan iaitu' belajar' . Ni kan pulak si Suraya sentuh bab-bab pakwe , memang aku geram la , kalau boleh aku tak nak langsung cakap bab tu...malas larh

"Tapi aku kena gitau jugak walau apa sekali pun sebab aku nak sampaikan amanah orang kat aku ni , penting sesangat tauuu tak cik nur oii.."

" ape ???"

"Tadi Ameer Mukhlis ada kirimkan sepucuk surat untuk ko "

"Nah , ambik ni , jangan koyak pulak , ko ni bukan boleh harap , asal surat dari laki je ko koyak , tapi tak tauu laa kali ni ? Takkan surat Ameer Mukhlis pun nak koyak kan...hehe" , sindir Su.Memang Ameer Mukhlis tu seorang yang sangat dihormati , mau tak nyer dialah presiden Badan Usrah kat UM dan aku pula naibnya . Selalunya kami hanya bincang perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal organisasi atau program -program yang perlu kami adakan.

'Mungkin ada sesuatu yang perlu kami uruskan ni' , getusku dalam hati. Aku tanpa membuang masa membuka surat tersebut dan alangkah terkejutnya...

Assallamualaikumwtb....

Sebenarnya ana telah istikharah untuk ketiga kalinya

Namun ana pasti jawapan dari istikharah ana itu adalah yang terbaik

Ana harap anti memahami maksud ana

Wajah mulus anti yang tenang sering kali menjawab persoalan yang telah ana ajukan kepada Sang Pencipta melalui istikharah ana

Ana ingin menyunting anti sebagai bidadari di hati ana wahai Siti Nur Jannah

Tapi ana memahami diri anti yang tidak mungkin akan lekang dengan buku-buku anti itu

Ana akan meminang anti selepas tamat nya pengajian anti nanti

Dan ana akan menyambung pelajaran ke Mesir untuk ijazah Sarjana

Jadi ana akan membawa anti setelah selesainya majlis pernikahan kita nanti

Ana akan tunggu anti sehingga anti selesai untuk semester terakhir ini..

Sekian , Assalamualaikum...

Ameer Mukhlis


"Oit cik adik , apesal tu?" soal Su

" Tak de paper...ngee" jawabku sambil senyum kambing.




Isnin, 31 Januari 2011

wanita solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dibatasi,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solihah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solihah, tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu,

Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,

Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,

Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah

bak permata yang menyinari alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,

Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan bangga dengan kecantikan wajahmu,

kerana satu hari nanti ia akan lapuk di telan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan didalamnya,

Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,

kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,

kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, Bersyukurlah diatas apa yang ada,

Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku, Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Khamis, 27 Januari 2011

Skrg bkn masa nye...

Skrg bkn mse nye kamu nk bercinta monyet....!Monyet pun agak nye tak bercinta ...
Cinta itu suci , tp jgn lah engkau kotorkannya dgn cinta yg dimurkaiNya...
Skrg ni mse nye kita berjuang hbs2 mencari cinta kita yg sbnr...iaitu cinta Allah...tp bagaimana ...?
Senang je , cube kita pikir balik bagaimana pakwe2 bdk 2 skrg boleh suke kat makwe diorang...senang je jawapannye kan...mestilah hias diri elok2...tp hias apa?
mestilah hias dgn amal ibadah yg disuruh Allah...nk tau apa cnth nye...
  1. solat
  2. puasa
  3. tahajjud
  4. msg selalu dgn Allah(bc Quran)
  5. byk baca buku motivasi islam
  6. ambik teladan kisah dahulu kala
  7. berdoa selalu
  8. munajat selalu
  9. rajin mengadu padaNya
  10. tawakkal padaNya

Bicara Hati...





Ku tenung awan nan biru...biasa lah dh lps exam tak tahu nak buat apa...waktu pun dh dekat senja..jd ku gunakan kesempatan untuk menadah doa dr Yang Maha Esa...mesti sahabat2 di luar sana pelik kan...?belum maghrib pun tp dh tadah tgn...sebenarnya waktu di penghujung senja ialah waktu doa dimakbulkan....

Dalam doaku , ku selitkan satu tunjang hidupku yang asas iaitu "Ya Allah Engkau tetapkanlah aku dengan iaman dan islam ku , Keu periharalah aku di dunia hingga akhirat , masih lamakah aku akan hidup di sisiMu , masih jauhkah aku denganMu...jgnlah Engkau menjauhiku kerana aku begitu merinduiMu "

Cuba kita pikir sejenak...apa 2 yg kita pohon pasti akn dimakbulkan walaupun kekdg kita sombong dengan Nya...kita lupakanNya...tp Dia sentiasa mengingati kita...

Apabila ku tenung bukit(sbb rumah saya rumah kampung , jd dekat dgn bukit) , ku merasai Dia sedag memerhatikanku , apabila adanya perasaan itu , ku berasa sangat gembira kerana ku diperhatikan oleh Penciptaku...aku terlalu merinduiNya...aku rindukan suasana syurga...aku rindu untuk melihat wajahNya...Ya Allah...aku terlalu merinduiMu...

Pabila menjelang subuh...pasti aku akan menitiskan air mataku tatkala mengenangkan dosaku yang pernah ku lakukan dahulunya...dahulunya cintaku kpd duniawi sehingga aku kurang mengingatinya , tapi apabila ku disedarkan Nya , maka ku tahu bahawa aku sebenarnya masih disayangNya...

Aku rela menjadi Rabiatul Adawiyyah yang mengorbankan seluruh hidupnya demiMu...mengorbankan perasaan wanitanya dek kerana mencurahkan kasih sepenuhnya kepadaMu...

Ku tak mahu menduakan cintaku kepadaMu Ya Allah...

Khamis, 10 Jun 2010

Isteriku...

Sabda Rasulullah SAW

Jika seorang isteri telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di
bulan Ramadhan dan menjaga kehormatannya dan dia taat kepada suaminya, maka
dipersilakanlah dia masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang
ia kehendaki¡¨


Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di muka bumi ini, itulah
gelaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada wanita. Sebelum kedatangan Islam
di tanah Arab, kaum wanita dipandang serendah-rendah martabat. Mereka
diperlakukan sewenang-wenangnya oleh suami masing-masing. Di dalam hal
kelahiran pula, apabila seorang wanita itu melahirkan anak perempuan,
itulah sebesar-besar aib yang dirasakan oleh suaminya hinggakan ada yang
sanggup membunuh anak perempuan yang tidak berdosa itu.

Setelah sinaran Islam disebarkan oleh Rasulullah SAW, martabat kaum
wanita diangkat setinggi-tingginya dan penghormatan demi penghormatan
diberikan oleh Allah SWT kepada golongan wanita.

Sesungguhnya wanita itu adalah golongan yang lemah. Memerlukan
perhatian, belaian dan tunjuk ajar dari seorang lelaki untuk menuntun dan memandu
hidupnya.

§Andai manusia itu dibenarkan untuk sujud kepada manusia, nescaya
akan ku suruh isteri-isteri untuk sujud kepada suaminya.¡¨ Itulah kata-kata
dari Rasulullah SAW

Tetapi disebalik setiap kelemahan itu pasti ada kekuatannya. Ketika
Rasulullah SAW pulang dari Gua Hira¡¦ selepas menerima wahyu daripada
Allah melalui malaikat Jibril, baginda meminta isterinya Saidatina Khadijah
untuk menyelimutkannya. Khadijahlah tempat baginda kembali saat kecemasan dan
ketakutan melandanya setelah menerima wahyu pertama. Kebesaran jiwa
Khadijah yang sentiasa dikenang oleh baginda dan memberikan tempat yang paling
istimewa dihatinya walaupun setelah baginda menikahi seorang anak dara.
Begitu juga yang diperlakukan oleh baginda Rasulullah SAW yang sering
bergurau dengan Saidatina Aisyah dan isteri-isterinya yang lain..

Begitu juga keadaannya dengan Saidina Umar Al-Khatab. Ketika seorang
lelaki datang kepadanya untuk mengadu keadaan isterinya yang suka membebel,
beliau sendiri melihat Saidina Umar Al-Khatab berdiam diri dimarahi isterinya
sendiri. Ketika ditanya, Saidina Umar lantas menjawab bahawa isterinya
telah banyak berkorban untuknya, membasuhkan pakaiannya, memasak untuknya,
melahirkan anaknya dan menjaga serta mendidik anaknya sedangkan itu
adalah ehsannya terhadapnya dan bukan kewajipannya. Khalifah kedua tersebut
juga menunjukkan rasa kasih dan sayang serta mesra terhadap isterinya.

Ini menunjukkan kepada kita satu cara, bahawa para pemimpin dan
pejuang mukmin sejati menggunakan setiap tenaganya untuk menjalankan
tanggungjawabnya sebagai hamba dan pejuang-pejuang Allah, ketika
tenaganya habis, disitu memerlukan kembali bekalan tenaga untuknya meneruskan
perjalanan. Dan bekalan tenaga itu dapat diperolehi melalui kelembutan
dan kemesraan seorang isteri. Kepercayaan seorang isteri, dorongan dan
motivasi seorang isteri serta kelembutan, kemesraan dan kasih sayangnya terhadap
suaminya memberikan kekuatan kepada sang suami untuk terus berjuang.

Dibelakang seorang lelaki yang berjaya, berdirinya seorang wanita.
Tidak salah mengatakan kekuatan seorang wanita itu terlindung di sebalik
kelemahannya.

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan
keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam
bagi orang-orang yang bertakwa. Amin........