Khamis, 27 Januari 2011

Bicara Hati...





Ku tenung awan nan biru...biasa lah dh lps exam tak tahu nak buat apa...waktu pun dh dekat senja..jd ku gunakan kesempatan untuk menadah doa dr Yang Maha Esa...mesti sahabat2 di luar sana pelik kan...?belum maghrib pun tp dh tadah tgn...sebenarnya waktu di penghujung senja ialah waktu doa dimakbulkan....

Dalam doaku , ku selitkan satu tunjang hidupku yang asas iaitu "Ya Allah Engkau tetapkanlah aku dengan iaman dan islam ku , Keu periharalah aku di dunia hingga akhirat , masih lamakah aku akan hidup di sisiMu , masih jauhkah aku denganMu...jgnlah Engkau menjauhiku kerana aku begitu merinduiMu "

Cuba kita pikir sejenak...apa 2 yg kita pohon pasti akn dimakbulkan walaupun kekdg kita sombong dengan Nya...kita lupakanNya...tp Dia sentiasa mengingati kita...

Apabila ku tenung bukit(sbb rumah saya rumah kampung , jd dekat dgn bukit) , ku merasai Dia sedag memerhatikanku , apabila adanya perasaan itu , ku berasa sangat gembira kerana ku diperhatikan oleh Penciptaku...aku terlalu merinduiNya...aku rindukan suasana syurga...aku rindu untuk melihat wajahNya...Ya Allah...aku terlalu merinduiMu...

Pabila menjelang subuh...pasti aku akan menitiskan air mataku tatkala mengenangkan dosaku yang pernah ku lakukan dahulunya...dahulunya cintaku kpd duniawi sehingga aku kurang mengingatinya , tapi apabila ku disedarkan Nya , maka ku tahu bahawa aku sebenarnya masih disayangNya...

Aku rela menjadi Rabiatul Adawiyyah yang mengorbankan seluruh hidupnya demiMu...mengorbankan perasaan wanitanya dek kerana mencurahkan kasih sepenuhnya kepadaMu...

Ku tak mahu menduakan cintaku kepadaMu Ya Allah...

1 ulasan:

  1. Memang benar apa yang dikatakan oleh kak dayah...
    Selalu hati kita disapa dengan rasa rindu utk bersujud kepada Allah..dan kami akui perasaan tenang memang akan wujud apabila kita dapat rasa seakan-akan Allah melihat kita...

    BalasPadam