Sabtu, 30 April 2011

smile

Senyumlah ,

Kerana hatimu akan bahagia,

Janganlah hiasi wajahmu dengan kesedihan,

Kawal dan fokuskan mindamu,

Bahawa dirimu sentiasa di dalam rahmat Nya ,

Dia sentiasa bersamamu ,

Dia sentiasa melihatmu,

Dia tidak membiarkan dirimu sendirian,

Dia amat menyayangimu.

Generasi imam mahdi

Ya , memang semua ibu bapa ingin melahirkan anak yang baik akhlaknya

Tapi berapakah bilangan nya yang mampu bersama-sama imam mahdi menyelamatkan dunia

Diri ini diusik keinginan untuk mengetahui

Adakah anak-anakku nanti akan bersama-samanya

Menegakkan syiar islam yang sebenar-benarnya

Muhammad Bin Abdullah

Itulah nama yang akan mewarnai bumi dengan cahaya keadilan

Walau diri ini masih mentah mengenal dunia

Akan ku persiapkan diri dengan cahaya iman dan ilmu

Untukku bekalkan kepada anak-anakku

Supaya mereka dapat tergolong bersama Muhammad Bin Abdullah

Menegakkan Islam di dunia

Aku akan sentiasa bersama anak-anakku menantikan detik perjuangan bersama

Imam penyelamat dunia

Imam Mahdi.

Jumaat, 29 April 2011

Ibu ayah~


Ayah , ibu :

Anakmu kini akan memegang satu lagi tanggujawab

Tetapi daku tidak akan menganggapnya beban

Kerana ia datang dari Allah

Daku hanya memohon doa restu darimu

Daku tidak mahu mengecewakanmu

Biarlah titik permulaan ini

Menjadi asal datangnya cahaya kebahagiaanmu

Daku akan pulang dengan segenggam kejayaan

Buat mu ayah dan ibu

^__^

Khamis, 28 April 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah....segalanya telah ditakdirkan Nya.

Matlamat yang jelas , pasti membuka ruang untuk kita lihat masa hadapan.

Setelah memiliki strategi , pandang lah kehadapan.

Intai peluang yang sedia ada.

Kerahkan keringatmu untuk mengorak langkah.

Didalam ingatan mu hanya Allah yang mampu memberikan kejayaan.

Bersyukur atas pemberianNya.

Redha dengan apa yang tidak dikurniakan.

Kerana Allah Maha bijak merancang.

Dan Dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk.

Surah Al - Baqarah : Ayat 216 : mungkin kamu bencikan sesuatu , tetapi ia baik untuk kamu ,mungkin kamu sukakan sesuatu tetapi ia tidak baik untuk kamu , sesungguhnya Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.


Rabu, 27 April 2011

Keputusan Allah

Memang debar , debar sbb tanggal 28 april , plajar lepasan spm 2010 akan mengetahui samada mereka berjaya untuk menempa kejayaan seterusnya di alam matrikulasi atau tidak . Erm...tapi tak semua nya cm gitu kerana ada yang menanti saat perjuangan di bumi anbia' atau di bumi eropah . Apapun kami semua membawa satu matlamat iaitu belajar dan terus mendalami ilmu. Ya itu yang sebenarnya , kami semua nk kn ilmu di dada , krn kmi masih kurang ilmu . Tapi hati ini teramatlah takut plus berdebar menanti detik 28 apr , apalah yg akan terpampang di laman sesawang kerajaan nnt .

Takut memang takut , tapi selagi kita berpegang pada ketentuan adalah yang terbaik , pasti kita akan lebih tenang krn memang sudah ternyta kebimbangan tidak mampu mendatang sedikit pun faedah kepada kita.

Sekarang apa yg pntg , kita perlu terima apa jua ketentuannya kerana segala ketentuannya adalah yang terbaik kepada hambanya kerana Dialah yang menciptakan kita , masakan tuan yang menciptakan kita akan memberikan sesuatu keburukan kepada kita.

Apapun keputusannya , kita perlu sabar menanti dan disertai dengan redha dgn qada dan qadarnya.

Yakinlah Allah itu segala-galanya kepada kita kerana Dia adalah Rabbana.

Hi prob , I have Allah , don't ever dare to be closed to me !

I have Allah to tell to............

Ahad, 24 April 2011

~santai~

Bahagia............itulah impian semua yang bergelar manusia . Saya pun ingin bahagia ^_^.
Namun.....sejauh mana kebahagiaan yang mampu kita kecapi ?

oK lah , kebahagiaan yang sebenar ialah kebahagiaan yang kita sandarkan kepada Al-Quran dan As-sunnah. Macam mana tu ?

Sebenarnya , apabila kita beramal dengan al-quran dan as-sunnah , kita sebenarnya memanfaatkan ramuan yang telah Allah ciptakan untuk kita hidup bahagia. Pengamalan pula bermaksud kita mendalami isi al-quran dan memahami nya seterusnya tanamkan ke dalam lubuk hati yang paling dalam . Apabila adanya perkara ini yang telah kita lakukan , maka , segala tindak tanduk akan berteraskan hati yang telah lama disirami mukjizat Allah , maka kebahagian pasti akan dikecapi kerana segalanya mengikut aturan Allah tanpa menyalahinya langsung .

Nah , inilah yang dikatakan bahgai yang sebenar apabila kita menjalankan syariat yang telah ditetapkan oleh pencipta kita .

Iangatlah , jiwa kita di dalam genggamanNya . Namun , sekiranya , jiwa kita masih dalam genggaman unsur lain yang kita rasakan bahagia dengannya , maka kita sebenarnya tidak merasakan kebahagiaan , masih tidak percaya ?

Cuba kita lihat , penyelesaian masalah oleh mereka yang begitu akrab mencintai Allah , bermesej dengan Allah dan online denganNya di setiap ketika , adakah dia akan kecewa atau dihimpit rasa sengsara ? tidak sama kali kan ? Kerana hatinya sentiasa bertaut dengan penciptannya , yang sentiasa tidak membiarkan hambaNya itu bersendirian malah akan terus memberikan rahmatNya , agungnya Allah !

Tetapi bagaimana pula mereka yang tidak langsung Allah di hatinya ? Bahagia ? Ohh...don't ever say so ok ? He or she would never find the true love . Lagu-lagu sebagai penghibur ? Lagu nasyid? ohhh..........bebudak sekarang layan nasyid ker ? Never !! Apa yang dilayannya , lagu korea , hindustan , segala macam lagi lah .

Pengalaman saya sendiri . Di kala , terlalu dikelilingi rakan-rakan yang begitu gemar mendengar lagu korea , saya pun pernah terjebak dengan 'gejala ' gilakan lagu korea . Memang diakui , ada suatu perasaan yang tidak dirasakan enak. Mula-mula saya tidak pasti apa sebenarnya , tetapi setelah diselidiki balik , tanya tok-tok guru , tengok ceramah-ceramah , rupa-rupanya , lagu korea atau apa sahaja lagu yang tidak ada unsur islam , sebenarnya akan mengeruhkan molekul air dalam badan kita , dah la air menaungi badan kita sebanyak 72 % , banyak tu . Sejak dari itu , saya insaf dan terus bertaubat dan tidak mahu lagi terjebak dengannya.

Nak dengar lagu pun dah Allah tetapkan caranya ,

1.lirik tiada unsur haram
2.muziknya tidak menaikkan syahwat
3.tidak membazir
4.cara penyampaian =keadaannya tidak terlalu mengghairahkan
5.tidak bercampur lelaki dan perempuan penarinya.

Apa yang penting , kita perlukan kebahagiaan kerana itu adalah keperluan bukan kehendak yer^_^.

Selalulah letakkan Allah sebagai satu keutamaan

Setakat itu saja dulu , diri terasa letih pulak ya , mohon undur diri dulu , wasalam *_*

Isnin, 18 April 2011

Al~ Hidayah dan Taufiq-Nya: Ya Allah~

Al~ Hidayah dan Taufiq-Nya: Ya Allah~

Ya Allah~

Ya Allah ...jgnlah Engkau meninggalkan aku bertatih seorangan . Sekiranya aku memohon syurga , Engkau memberiku neraka , aku tidak kisah , sekiranya aku memohon dijauhkan dari neraka , tetapi Engkau mendekatkan ku dengan nya , aku tidak kisah , tetapi sekiranya aku berdoa jangan Engkau menjauhi ku , janganlah Engkau menjauhiku , kerana aku sangat2 menyintaiMu , Ya Allah , tanpaMu di sisi , aku bukan siapa2....janganlah Engkau meninggalkan aku sendirian .....

Isnin, 4 April 2011

~alhamdulillah~

Alhamdulillah...segalanya kembali pulih.Akhirnya aku menjumpai jalanku yang sebenar...pengajarannya , walau apa pun rintangan yang datang , jangan cepat sedih kerana kita tahu bahawa bersama kita dalam setiap langkah yang kita jejaki...

Don't say " Allah, we have problem " but say "Hi probs , we have Allah."

Bersalah...

Bersalah ? Memang kita selalu mendengar ungkapan ini bagi mereka yang pernah melakukan kesalahan. Setiap penyesalan merupakan hidayah yang diberikan kepada hambanya yang terpilih , seharusnya mereka berasa beruntung kerana dikurniakan perasaan sedemikian rupa kerana tidak semua manusia merasai diri pernah melakukan kesilapan . Sebenarnya perasaan ini haruslah disertakan dengan kata2 taubat dan amalan yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kerana mengurniakan nikmat insaf sebelum kita mulai lupa daratan...terima kasih ya Allah kerana mengurniakan rasa insaf dalam diri ini , hambamu bersyukur kerana ini ialah anugerah darimu supaya aku lebih mendekat denganMu....

Sabtu, 2 April 2011

~Bangkit Semula~

Tunas , ya , ini memang tunas yang baru melihat keindahan dunia . Tapi bawakan saya pada kali ini bukanlah semata-mata ingin berkongsi tentang tunas ini , tetapi saya ingin bawakan analogi yang berkaitan dengannya. Setiap manusia pernah gagal dalam kehidupannya , mungkin sudutnya berbeza tetapi mustahil di dunia ini tidak ada yang tidak pernah gagal , tetapi pernah -pernah belaka . Mungkin antaranya gagal mencapai sesuatu matlamat yang begitu diharapkan . Namun kita harus sedar bahawa kita sebenarnya bukan gagal tetapi kita ditegur oleh Allah dengan Allah menangguhkan kejayaan kita itu supaya kita akan meraih sesuatu yang lebih bermakna pada masa hadapan . Mungkin dahulu kita pernah melakukan sesuatu kesilapan , dan sekiranya kesilapan itu tidak diperbetulkan , mungkin kita akan berhadapan dengan konflik yang mungkin akan merosakkan diri kita sendiri , oleh itu hadirlah sesuatu yang kita semua anggapnya sebagai musibah atau masalah , sedangkan perkara itu adalah guru yang akan mendidik kita mengenal diri dan kemampuan kita yang sebenar. Dalam surah al baqarah , Allah sudah berfirman , mungkin apa yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu , tetapi mungkin apa yang kamu tidak suka tiu bain untuk kamu . Lihat , semuanya sudah terkandung di dalam kalam Allah , cuma atas diri kita untuk menyedari nya atau sebaliknya....jangan putus asa , kerana perjalanan kita masih jauh di hadapan , insyaallah , sesuatu yang datang dari Allah pasti akan kembali kepadaNya , begitu juga permasalahan serta musibah yang kunjung tiba , ia datang membawa rahmat dan syafaat , cuma menunggu kita untuk mengupasnya untuk diambil iktiibar, sekarang masanya untuk kita yang pernah merasai kegagalan untuk bangkit semula dan bergerak ke hadapan , jadilah kita seperti tunas yang baru , yang akan memulakan hari-harinya dengan lebih matang , Tariq bin Ziyad pernah berkata , sekiranya kamu pada hari ini masih sengsara begitu tanpa ada apa-apa perubahan dalam diri kamu , maka nama baik kamu pasti hilang , musuh pula akan digantikan dengan perasaan berani kepada kamu , jadi pertahankan lah jiwa mu. Musuh yang perlu kita ingat di sini ialah syaitan laknatullah .

Jumaat, 1 April 2011

~Semangat juang~


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran