Allah itu Maha Besar . Allah itu hebat . Segala ketentuanNya , terima dengan hati yang tenang.
Khamis, 5 Mei 2011
Selasa, 3 Mei 2011
Qsama ?
Pasti kah kita dengan kematian Osama Bin Laden ?
Mahukah termakan kita dengan kata-kata Obama yang kita tahu pembohong dunia .
Ini semua ada kaitan dengan Islamophobia...
Sabtu, 30 April 2011
smile
Senyumlah , Kerana hatimu akan bahagia,
Janganlah hiasi wajahmu dengan kesedihan,
Kawal dan fokuskan mindamu,
Bahawa dirimu sentiasa di dalam rahmat Nya ,
Dia sentiasa bersamamu ,
Dia sentiasa melihatmu,
Dia tidak membiarkan dirimu sendirian,
Dia amat menyayangimu.
Generasi imam mahdi
Ya , memang semua ibu bapa ingin melahirkan anak yang baik akhlaknyaTapi berapakah bilangan nya yang mampu bersama-sama imam mahdi menyelamatkan dunia
Diri ini diusik keinginan untuk mengetahui
Adakah anak-anakku nanti akan bersama-samanya
Menegakkan syiar islam yang sebenar-benarnya
Muhammad Bin Abdullah
Itulah nama yang akan mewarnai bumi dengan cahaya keadilan
Walau diri ini masih mentah mengenal dunia
Akan ku persiapkan diri dengan cahaya iman dan ilmu
Untukku bekalkan kepada anak-anakku
Supaya mereka dapat tergolong bersama Muhammad Bin Abdullah
Menegakkan Islam di dunia
Aku akan sentiasa bersama anak-anakku menantikan detik perjuangan bersama
Imam penyelamat dunia
Imam Mahdi.
Jumaat, 29 April 2011
Ibu ayah~

Ayah , ibu :
Anakmu kini akan memegang satu lagi tanggujawab
Tetapi daku tidak akan menganggapnya beban
Kerana ia datang dari Allah
Daku hanya memohon doa restu darimu
Daku tidak mahu mengecewakanmu
Biarlah titik permulaan ini
Menjadi asal datangnya cahaya kebahagiaanmu
Daku akan pulang dengan segenggam kejayaan
Buat mu ayah dan ibu
^__^
Khamis, 28 April 2011
Alhamdulillah
Alhamdulillah....segalanya telah ditakdirkan Nya. Matlamat yang jelas , pasti membuka ruang untuk kita lihat masa hadapan.
Setelah memiliki strategi , pandang lah kehadapan.
Intai peluang yang sedia ada.
Kerahkan keringatmu untuk mengorak langkah.
Didalam ingatan mu hanya Allah yang mampu memberikan kejayaan.
Bersyukur atas pemberianNya.
Redha dengan apa yang tidak dikurniakan.
Kerana Allah Maha bijak merancang.
Dan Dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk.
Surah Al - Baqarah : Ayat 216 : mungkin kamu bencikan sesuatu , tetapi ia baik untuk kamu ,mungkin kamu sukakan sesuatu tetapi ia tidak baik untuk kamu , sesungguhnya Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
Rabu, 27 April 2011
Keputusan Allah
Memang debar , debar sbb tanggal 28 april , plajar lepasan spm 2010 akan mengetahui samada mereka berjaya untuk menempa kejayaan seterusnya di alam matrikulasi atau tidak . Erm...tapi tak semua nya cm gitu kerana ada yang menanti saat perjuangan di bumi anbia' atau di bumi eropah . Apapun kami semua membawa satu matlamat iaitu belajar dan terus mendalami ilmu. Ya itu yang sebenarnya , kami semua nk kn ilmu di dada , krn kmi masih kurang ilmu . Tapi hati ini teramatlah takut plus berdebar menanti detik 28 apr , apalah yg akan terpampang di laman sesawang kerajaan nnt .Takut memang takut , tapi selagi kita berpegang pada ketentuan adalah yang terbaik , pasti kita akan lebih tenang krn memang sudah ternyta kebimbangan tidak mampu mendatang sedikit pun faedah kepada kita.
Sekarang apa yg pntg , kita perlu terima apa jua ketentuannya kerana segala ketentuannya adalah yang terbaik kepada hambanya kerana Dialah yang menciptakan kita , masakan tuan yang menciptakan kita akan memberikan sesuatu keburukan kepada kita.
Apapun keputusannya , kita perlu sabar menanti dan disertai dengan redha dgn qada dan qadarnya.
Yakinlah Allah itu segala-galanya kepada kita kerana Dia adalah Rabbana.
Hi prob , I have Allah , don't ever dare to be closed to me !
I have Allah to tell to............
Langgan:
Catatan (Atom)
