Ya Allah ...jgnlah Engkau meninggalkan aku bertatih seorangan . Sekiranya aku memohon syurga , Engkau memberiku neraka , aku tidak kisah , sekiranya aku memohon dijauhkan dari neraka , tetapi Engkau mendekatkan ku dengan nya , aku tidak kisah , tetapi sekiranya aku berdoa jangan Engkau menjauhi ku , janganlah Engkau menjauhiku , kerana aku sangat2 menyintaiMu , Ya Allah , tanpaMu di sisi , aku bukan siapa2....janganlah Engkau meninggalkan aku sendirian .....
Isnin, 18 April 2011
Ya Allah~
Ya Allah ...jgnlah Engkau meninggalkan aku bertatih seorangan . Sekiranya aku memohon syurga , Engkau memberiku neraka , aku tidak kisah , sekiranya aku memohon dijauhkan dari neraka , tetapi Engkau mendekatkan ku dengan nya , aku tidak kisah , tetapi sekiranya aku berdoa jangan Engkau menjauhi ku , janganlah Engkau menjauhiku , kerana aku sangat2 menyintaiMu , Ya Allah , tanpaMu di sisi , aku bukan siapa2....janganlah Engkau meninggalkan aku sendirian .....
Isnin, 4 April 2011
~alhamdulillah~
Alhamdulillah...segalanya kembali pulih.Akhirnya aku menjumpai jalanku yang sebenar...pengajarannya , walau apa pun rintangan yang datang , jangan cepat sedih kerana kita tahu bahawa bersama kita dalam setiap langkah yang kita jejaki...Don't say " Allah, we have problem " but say "Hi probs , we have Allah."
Bersalah...
Bersalah ? Memang kita selalu mendengar ungkapan ini bagi mereka yang pernah melakukan kesalahan. Setiap penyesalan merupakan hidayah yang diberikan kepada hambanya yang terpilih , seharusnya mereka berasa beruntung kerana dikurniakan perasaan sedemikian rupa kerana tidak semua manusia merasai diri pernah melakukan kesilapan . Sebenarnya perasaan ini haruslah disertakan dengan kata2 taubat dan amalan yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kerana mengurniakan nikmat insaf sebelum kita mulai lupa daratan...terima kasih ya Allah kerana mengurniakan rasa insaf dalam diri ini , hambamu bersyukur kerana ini ialah anugerah darimu supaya aku lebih mendekat denganMu....
Sabtu, 2 April 2011
~Bangkit Semula~
Tunas , ya , ini memang tunas yang baru melihat keindahan dunia . Tapi bawakan saya pada kali ini bukanlah semata-mata ingin berkongsi tentang tunas ini , tetapi saya ingin bawakan analogi yang berkaitan dengannya. Setiap manusia pernah gagal dalam kehidupannya , mungkin sudutnya berbeza tetapi mustahil di dunia ini tidak ada yang tidak pernah gagal , tetapi pernah -pernah belaka . Mungkin antaranya gagal mencapai sesuatu matlamat yang begitu diharapkan . Namun kita harus sedar bahawa kita sebenarnya bukan gagal tetapi kita ditegur oleh Allah dengan Allah menangguhkan kejayaan kita itu supaya kita akan meraih sesuatu yang lebih bermakna pada masa hadapan . Mungkin dahulu kita pernah melakukan sesuatu kesilapan , dan sekiranya kesilapan itu tidak diperbetulkan , mungkin kita akan berhadapan dengan konflik yang mungkin akan merosakkan diri kita sendiri , oleh itu hadirlah sesuatu yang kita semua anggapnya sebagai musibah atau masalah , sedangkan perkara itu adalah guru yang akan mendidik kita mengenal diri dan kemampuan kita yang sebenar. Dalam surah al baqarah , Allah sudah berfirman , mungkin apa yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu , tetapi mungkin apa yang kamu tidak suka tiu bain untuk kamu . Lihat , semuanya sudah terkandung di dalam kalam Allah , cuma atas diri kita untuk menyedari nya atau sebaliknya....jangan putus asa , kerana perjalanan kita masih jauh di hadapan , insyaallah , sesuatu yang datang dari Allah pasti akan kembali kepadaNya , begitu juga permasalahan serta musibah yang kunjung tiba , ia datang membawa rahmat dan syafaat , cuma menunggu kita untuk mengupasnya untuk diambil iktiibar, sekarang masanya untuk kita yang pernah merasai kegagalan untuk bangkit semula dan bergerak ke hadapan , jadilah kita seperti tunas yang baru , yang akan memulakan hari-harinya dengan lebih matang , Tariq bin Ziyad pernah berkata , sekiranya kamu pada hari ini masih sengsara begitu tanpa ada apa-apa perubahan dalam diri kamu , maka nama baik kamu pasti hilang , musuh pula akan digantikan dengan perasaan berani kepada kamu , jadi pertahankan lah jiwa mu. Musuh yang perlu kita ingat di sini ialah syaitan laknatullah .
Jumaat, 1 April 2011
~Semangat juang~

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10 % apayang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
- Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
- Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
- Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu petua mengulang kaji
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
- Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
- Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
- Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan tempat belajar.
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran
Selasa, 29 Mac 2011
Alhamdulillah...
Alhamdulillah , akhirnya ana boleh buat keputusan untuk diri ana yang serba lemah ini . Keputusan ?? Keputusan untuk bidang yang sesuai dengan diri ana . First of all , I wanna thank Allah for His Guidance , love You Allah , I finally found the miracle of what that You had given. From now on , I would be myself , just like before , reading continuously because my future ambition needs me to do so . Entertainment?? No more because I know who am I really is.My focus now is about to study hard so that I will gain the barakah for making my mom and dad happy.By the way , I really need the supporter to strenghten me , wanna know who ?? Allah is my always answer.That's all for this moment , I love ALLAH THE ALMIGHT.
Isnin, 14 Mac 2011
Hari ini...
Cantik kan pemandangan ni . Kalau nak tahu nanti suatu hari saya akan bawa orang yang saya sayangi ke tempat ini untuk menikmati keindahan Allah . Orang itu ialah ibu bapa saya yang mengajarkan saya erti kehidupan meskipun bukan dengan wang ringgit tetapi dengan nasihat. Ibu bapa saya bukan orang yang berharta , namun mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah seperti mereka. Tetapi saya inginkan cuma satu perkara iaitu kecintaan mereka kepadaku kerana dari situ akan lahir kecintaan Allah kepadaku , itulah yang sebenarnya saya dambakan. Cukuplah suatu hari nanti apabila tiba waktuku untuk meninggalkan mereka dan memikul tanggungjawab yang pernah dilalui mereka , cukuplah kalau diriku ini dipimpin oleh mereka yang benar-benar mengerti erti kehidupan.....Bacalah buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul , banyak pengalaman bermakna yang dapat dipraktikkan...selamat beramal !!
Langgan:
Catatan (Atom)
