Selasa, 8 Jun 2010

Mari kita tenung alam ini !


Wah cantiknyer.....
Sesegar embun pagi...
Molek kiranya umat Islam bersifat begini ...sejuk mata memandang...
Muslimah - muslimah sejati lah seharusnya menjadi bunga-bunga ini yang mekar dengan keayuannya ...
Namun bukan untuk disentuh sewenang-wenangnya ...
Tetapi sebagai penyejuk mata lelaki bergelar suami...
Kita cermin kembali diri Saidatina Khadijah...
Sungguh mulia dirinya ....
Itulah nilai yang cuba ana tonjolkan melalui sekuntum bunga ini....
Fikir-fikirkanlah sahabat...

Hmm...nak tahu rahsia??

Atas permintaan adik-adik akhirnya terpaksa jugaklah saya mencoretkan pena...

Tiba - tiba suatu hari seorang adik junior bertanya...

"Kak Dayah , kalau kita sukakan seseorang apakah hukumnya dan bagaimana kita selaku umat Islam perlu menjaga batasnya ? "....

Terkedu saya mendengarnya...dalam hati ni hanya Allah sahajalah yang tahu...

"Ermm....kenapa adik tanya soalan tu "

"Kak Dayah , Lili suka seorang ni sebab dia baik , sopan , berakhlak , berilmu , penyayang dan sebagainyalah....dan Lili suka dia lama dah...sejak pertama kali Lili kenal dia...dan sekarang Lili nak Kak Dayah boleh takterangkan bagaimanakah perbatasannya ? "

Terkedu jiwa ini mendengar soalan itu.....

Saya tenung awan nan biru ...kelihatan sang unggas berterbangan bebas bersama pasanganya ...

Akhirnya saya bersuara...

"Lili... " lembut suaraku , "Sebenarnya Islam itu indah...ingatlah kata-kata Kak Dayah ini ya! "

Sekiranya adik-adik sukakan seseorang itu ... ,

Adik harus pendamkannya ...jangan memberitahu tuan punya diri kerana dari situlah akan lahirnya terowong kemaksiatan...maka tidak hairanlah sesiapa yang memberitahu perasaannya itu tidak akan bau syurga .

Adik-adik harus sabar..sehinggalah suratan takdir menemukan adik dengan jodoh yang soleh...

Adik-adik harus berdoa daripada sekaranag supaya dikurniakan jodoh yang soleh mahupun solehah.

Ingatlah doa ini... "Ya Allah , jika dia benar untukku , dekatkanlah hatinya dengan hatiku , jika dia bukan milikku Engkau damaikanlah hati kami Ya Allah "

Sesungguhnya kita dikurniakan perasaan unutk menyayangi dan disayangi bukan dengan sebab lain tetapi hanya kerana untuk menguatkan lagi kasih kita pada Yang Esa...
sekiranya perasaan kasih kita itu tidak mengukuhkan cinta kita kepada Allah , itu bermakna kita bukan melaburkan cinta kita pada jalan yang benar.

"Panjang sungguh Kak Dayah bersyarah...okeylah tu...lain kali kita sembang pasal perkara lain pulak ye ",suaraku lembut berbicara maklumlah utnuk memahamkan adik-adik...

"Ok , nanti Kak Dayah cite lagi ye ! "

Isnin, 7 Jun 2010

Kita sama2 hebat !!



Bismillahirrahmanirrahim...




Kami satu pasukan membawa hasrat yang sama...




Inilah pasukan lawan .....Al-Irsyad




Ianya mesti bertitik tolakkan seorang tokoh....Cik Harison.




Kita hebat...insyaallah kita jumpa di IPT...dengan ilmu yang ada.





Nur Hidayah Binti Jamaludin

Sama-samalah kita berjaya dunia dan akhirat wahai sahabat...

Kita sama2 hebat !!!


Jumaat, 28 Mei 2010

Bagaimana ya wanita solehah itu?



Wanita solehah ialah sebaik-baik perhiasan...
Yang menjaga dirinya daripada pelbagai perkara ...
Sentiasa mengharap kepada Allah sesuatu yang terbaik buatnya...
Wanita solehah mengharapkan dirinya dibimbing untuk dirinya terbimbing oleh bukan calang - calang lelaki tetapi seorang lelaki solehah...
Seorang wanita solehah hanya untuk lelaki soleh...
Wanita solehah sentiasa mengingati Allah...
Sentiasa menitiskan jernihan air mata di kala sunyi menyelimuti malam...
Terkedu-kedu mengenangkan dosa yang telah dilakukan...
Wanita solehah tidak akan menyerahkan dirinya sewenang-wenangnya kepada lelaki yang bukan haknya...
Wanita solahah sentiasa mengharapkan seorang lelaki bergelar suami yang mampu mencurahkan kasih sayang kepadanya dan menguatkan lagi ikatannya dengan Allah
kita lihat pada hari ini kes penceraian begitu ketara sehinggakan ramai daripada golongan wanita solehah takut untuk mempertaruhkan diri dalam dunia perkahwinan...
Hanya Allah yang menentukan segala-galanya dan kita hanya merancang.
Wallahua'lam..


"Kak Long , buat apa tu ? "
"Ermmm...tengah update blog "



Oklah kawan-kawan seruan mak dah tiba ...kita jumpa di lain masa ya!!!Selamat malam maklumlah update blog tengah-tengah malam...ingat bangun tahajjud ya supaya menjadi golongan diatas...sama ada lelaki atau perempuan..

"Ermm , mak cik Hidayah memang suka tidur lambat... "

Itulah kata daripada sahabat yang turut berjaga hingga lewat malam.Apapun selamat malam semuanya.









Sabtu, 15 Mei 2010

Mari sama-sama kita fikirkan yang terbaik untuk kita!!



Apa khabar adik-adik mesti tengah sibuk belajarkan ...tak mengapa kita jenguk ruangan ini sebentar ya...
Sahabat..adik-adik sekalian cuba kita fikirkan sejenak benar atau tidak kenyataan ini atau mungkin kakak masih silap lagi sebab kakak pun masih kekurangan ilmu...mengapa kita begini sedangkan sahabat bukan Islam bertungkus lumus belajar dan belajar walaupun mereka bukan dan tidak mendapat pendedahan mendalam tentang Islam yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat...fikirkan wahai adik...ini sebab kakak ada ramai kawan bukan Islam walaupun berjauhan tetapi kami masih berhubung dan kami akan menggunakan kesempatan yang ada (sebentar) untuk study sekali...mereka memang sangat -sangat lain daripada kita adik...cuba renung dan kita berfikir yang terbaik untuk kita ya adik-adik yang disayangi sekalian.....


Bertasbihlah wahai sahabat !!!


Ketika semua sedang leka…bersembang hal-hal duniawi…..aku mengeluarkan tasbihku berzikir dan terus berzikir memohon kepada Allah agar aku mampu berjya dunia dan akhirat…..di sudut surau itu aku bertasbih dan bertasbih sambil mengalirkan air mata suci mengenangkan dosa noda yang telah dilakukan.Aku berfikir sejenak , "semua makhluk berzikir kepada Allah , namun manusia masih leka "...mangapa semua ini terjadi , adakah kerana manusia itu terlalu angkuh dan meraskan diri mereka sudah cukup kuat untuk menghadapi segala cubaan dan dugaan Allah kelak...adakah mereka berpendirian atau mereka masih kurang ilmu...?