Jumaat, 28 Mei 2010

Bagaimana ya wanita solehah itu?



Wanita solehah ialah sebaik-baik perhiasan...
Yang menjaga dirinya daripada pelbagai perkara ...
Sentiasa mengharap kepada Allah sesuatu yang terbaik buatnya...
Wanita solehah mengharapkan dirinya dibimbing untuk dirinya terbimbing oleh bukan calang - calang lelaki tetapi seorang lelaki solehah...
Seorang wanita solehah hanya untuk lelaki soleh...
Wanita solehah sentiasa mengingati Allah...
Sentiasa menitiskan jernihan air mata di kala sunyi menyelimuti malam...
Terkedu-kedu mengenangkan dosa yang telah dilakukan...
Wanita solehah tidak akan menyerahkan dirinya sewenang-wenangnya kepada lelaki yang bukan haknya...
Wanita solahah sentiasa mengharapkan seorang lelaki bergelar suami yang mampu mencurahkan kasih sayang kepadanya dan menguatkan lagi ikatannya dengan Allah
kita lihat pada hari ini kes penceraian begitu ketara sehinggakan ramai daripada golongan wanita solehah takut untuk mempertaruhkan diri dalam dunia perkahwinan...
Hanya Allah yang menentukan segala-galanya dan kita hanya merancang.
Wallahua'lam..


"Kak Long , buat apa tu ? "
"Ermmm...tengah update blog "



Oklah kawan-kawan seruan mak dah tiba ...kita jumpa di lain masa ya!!!Selamat malam maklumlah update blog tengah-tengah malam...ingat bangun tahajjud ya supaya menjadi golongan diatas...sama ada lelaki atau perempuan..

"Ermm , mak cik Hidayah memang suka tidur lambat... "

Itulah kata daripada sahabat yang turut berjaga hingga lewat malam.Apapun selamat malam semuanya.









2 ulasan:

  1. : ) Well said yg di atas tu.. Salam dari Singapura..

    BalasPadam
  2. ya memang wanita solehah itu bernilai...
    namun bagaimana pula dengan ciri lelaki yang soleh?

    BalasPadam