Rabu, 17 Mac 2010

Sesubur kehijauan daun....

Alangkah indahnya jika hati ku...
Sesubur rangkaian daun menghijau...
Seawal sebelum fajar mengirimkan salamnya...
Sudah segar dilawat sang embun...
Ahh betapa segarnya diriku...
Ibarat gugurnya masalah ku ...
Dek siraman embun itu...
Namun aku sedar ..
Aku bukannya rasul dan nabi yang maksum dari dosa..
Hanya Sang Pencipta yang mengetahui naluri ini...

Susur jalanku yang berliku...

Entah mengapa , tiba-tiba hati ini kegelisahan....ibarat ada sesuatu yang sedang tergalas.
Andai dapat ku ketahui ......
Alangkah indahnya........
Bagaimana harusku curahkan...
Ibarat jalan yang ku lalui ini.....
Penuh dengan liku-liku ,
Ibarat ingin menguji keimananku....
Pada siapakah yang harusku panjatkan permohonan jika bukan kepada Sang Pencipta....

Ibarat Punguk Rindukan Bulan Tetapi Dirinya Tak Seberapa...

Hakikat seorang wanita - akal wanita senipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka
akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan
dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang
Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru
hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.! ..
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Peringatan Buat Wanita


1.Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah: "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya".
4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.
6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.
7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."
8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.
9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.
10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.
11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.
12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).
13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).
14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.
15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.
16. Ibnu Umar berkata: Telah datang seorang kepada Rasulullah S.A.W lalu bertanya: "Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda: "Tunaikan hajatnya sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar melainkan dengan izinnya: jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kembali engkau ke rumah."


Wanita Hiasan Dunia


Perempuan Yang Disayangi

Adalah pencinta TuhanNya....
Yang mengalir cinta,takut dan harap...
Yang menguasai perjalanan penghidupannya...
Dari waktu ke waktu....
Dari hari ke hari....
Sehingga perjalanan di antara....
Jasad dan nyawanya berakhir......

PEREMPUAN YANG DIRINDUI.........
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya....
terpancar sinar Nur Ilahi...
Lidahnya basah dengan zikrullah...
Di sudut hati kecilnya.....
Sentiasa membesarkan Allah....

PEREMPUAN YANG DICINTAI...
Yang menutup auratnya....
Dari pandangan mata ajnabi...
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya....
Di sanjung tinggi......
Penduduk langit dan bumi....

PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN...
Adalah yang mendekatkan...
Hatinya yang telah jauh...
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim...
Di saat orang lain dilamar kebendaan....

PEREMPUAN YANG DIKASIHI...
Yang bersyukur dengan apa yang ada...
Yang bersabar pada yang tiada....
Cinta pada hidup yang sederhana....
Yang tidak bermata benda.....

PEREMPUAN YANG DISUKAI...
Menjadi dian pada dirinya sendiri....
Menjadi pelita untuk putera-puterinya....
Yang bakal dilahirkan......
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari....

Wanita solehah idaman lelaki

“Faris, macam mana ciri-ciri isteri idaman enta ya?”
Sedikit terkejut ana diutarakan soalan begitu oleh seorang sahabat sebelum masuk ke dewan kuliah dua hari lepas. Sejujurnya, ana jawab
“Maaf, ana tak fikir pun lagi. Ana tak sempat. Ada banyak lagi perkara yang lebih aula’ untuk ana fikirkan.”
Malam tersebut sebelum tidur, ana merenung sejenak kehidupan ana. Didorong pula dengan peristiwa ana terpaksa menghantar seluar yang koyak ke kedai kerana tiada masa untuk menjahit sedang seluar itu ana nak guna keesokan harinya. Padahal seluar tu koyak sikit je. Kebetulan, hari tersebut terlalu padat. Hehe, kelakar betul.
Kehidupan ana sejak zaman sekolah sehingga sekarang tidak pernah sunyi daripada aktiviti-aktiviti dakwah, persatuan dan kepimpinan. Ini semua dilakukan hanya semata-mata untuk mendapat mardhatillah. Justeru, ana berdoa agar tidak akan pernah futur daripada perjuangan ini. Walaupun ia bukanlah jalan yang dihampar dengan karpet merah, namun inilah nikmat sebenar menjadi seorang Islam sekiranya kita yakin dengan janji Allah dalam surah Muhammad, ayat ke-7:
“Jika kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Jadi, pada pandangan ana, nikah adalah salah satu wasilah bagi kita umat Islam menjaga kemaslahatan dakwah dan terus maju di masa hadapan. Bukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu syahwat mahupun mancari harta kekayaan. Hal ini memerlukan si isteri (lebih-lebih lagi si suami) mempunyai fikrah perjuangan Islam yang jelas. Bijak mengendalikan urusan rumah tangga serta mendidik anak-anak sehingga melahirkan kader-kader perjuangan Islam yang terus-menerus memastikan Islam terus ditegakkan di bumi Allah ini. Sentiasa memberi sokongan dan menggalakkan suaminya keluar berjuang. Begitulah secara umumnya ciri-ciri isteri idaman ana dan ramai lagi muslimin di luar sana.
“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.” (An-Nisa’: 9)
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya." (Hadis Riwayat At-Tabrani)
Hijab
Mungkin satu kata kunci yang ana mahu tekankan dalam memilih isteri yang baik iaitu HIJAB.
‘Hijab’ berasal daripada perkataan ‘Hajaba’ yang bermaksud ‘dinding’. Dalam erti kata lain, perselindungan wanita Islam daripada lelaki ajnabi. Hijab mempunyai makna yang luas dan tidak terhad hanya kepada pemakaian tudung semata-mata.
Menutup Aurat
Bagi Muslim, menutup aurat adalah perintah agama yang wajib dilaksanakan. Orang yang menggunakan ayat Allah dalam permulaan ayat 256 Surah Al Baqarah yang bermaksud “Tiada paksaan dalam agama…” sebagai sandaran tidak boleh menguatkuasakan perintah bertudung telah melakukan kebatilan dalam agama. Memang benar tiada paksaan dalam menganut agama Islam. Namun, setelah yakin Islam adalah ajaran hidup yang benar, semua umat Islam tidak terkecuali daripada menjalankan peritah Allah secara keseluruhannya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu.” (Al-Baqarah: 208)
Peri hal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah dalam surah An Nur ayat 31 bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka; …”

Golongan Islam Liberal menghujah bahawa kalimat khumur sebagai sekeping kain untuk menutup dada (maka cukup dengan memakai selendang di dada tanpa perlu menutup rambut) sedangkan tafsiran jumhur ulama adalah melabuhkan tudung yang sedia dipakai itu menutup rambut dan menutup belahan dada.
Gaya Suara dan Pertuturan
Ia hendaklah tidak dalam gaya atau mempunyai unsur yang boleh menarik perhatian lelaki secara sengaja atau tidak sengaja, seperti gaya pertuturan yang dimanja-manja atau penggunaan perkataan yang memberahikan. Firman Allah taala yang bermaksud:
"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk terhadap kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). " (Al-Ahzab: 32)
Gaya Berjalan
“... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.” (An-Nur: 31)
Ayat ini mengharamkan wanita memakai pergelangan kaki yang berloceng sehingga apabila ia berjalan loceng itu berbunyi dan menarik perhatian seorang lelaki kerana ayat ini diturunkan merujuk kepada perbuatan wanita jahiliah yang sedemikian. Berdasarkan ayat ini juga, wanita dilarang memakai pergelangan tangan yang mengeluarkan bunyi loceng yang menarik perhatian dan larangan wanita dari melenggok-lenggokkan tubuh badannya sehingga menarik perhatian lelaki. Lantaran kurang kefahaman, amalan memakai alat perhiasan berloceng ini didapati juga di kalangan wanita yang memakai hijab pakaian.
Berkhalwat
Berkhalwat bermaksud berdua-duaan di tempat yang terasing dengan lelaki yang bukan mahram. Larangan ini wujud dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita tanpa bersamanya mahram kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan." (Riwayat Ahmad)
Bersentuh kulit
Termasuk dalam hijab wanita ialah menjaga aspek ini kerana hadis berikut yang bermaksud:
"Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabrani & Al-Baihaqi)
Ini adalah pandangan yang lebih kuat yang menjadi pegangan majoriti ulama kecuali mazhab Maliki. Ini juga aspek hijab yang masih diabaikan oleh kebanyakan wanita.
Tunduk pandangan
Bagi memenuhi tuntutan hijab, Islam juga memerintahkan wanita menundukkan pandangannya dari melihat lelaki. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka.” (Surah An-Nur: 31)
Menunduk pandangan bukan hanya perintah ke atas orang lelaki dari melihat wanita. Walaupun seorang lelaki berpakaian menutup aurat, namun ia tidak bermakna boleh seorang wanita melihatnya tanpa tujuan yang dibenarkan begitu juga lelaki.
Bersolek dan menghias diri
Hijab juga meliputi aspek bersolek dan menghias diri. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:
“... dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman dahulu ...” (Surah Al-Ahzab: 33)
Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan tubuh. Islam membenarkan solekan dan hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau untuk melayan suami.
Di sini juga kita dapati sesetengah wanita yang berhijab pakaian tetapi tubuhnya, terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan yang menarik perhatian lelaki.
Kita sedar bahawa aurat wanita itu begitu mahal, maka para wanita pun harus sedar dan lebih menjaga kesucian auratnya. Sebab, lelaki mana pun pasti menginginkan pendamping hidup yang suci lahir dan batinnya. Suci ertinya adalah wanita itu tidak pernah membuka hijabnya pada siapapun apalagi sampai bersentuhan dengan orang yang bukan mahramnya. Sungguh wanita-wanita sebegini yang berlindung di bawah tarbiyah Allah pasti memberi ketenangan kepada bakal zaujnya. Maka berdoalah wahai kaum Adam.
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” (Al-Furqan: 74)
Dari Abu Umamah, dari Rasulullah S.A.W, beliau bersabda, “Tidak ada yang bisa diambil manfaatnya oleh seorang mukmin yang lebih baik baginya sesudah takwa kepada Allah selain dari isteri yang solehah. Jika orang mukmin itu memerintahnya, maka dia mentaatinya, jika orang mukmin itu memandangnya, maka dia membuatnya senang, jika orang mukmin itu memberinya pembagian, maka dia menerimanya dengan baik, dan jika orang mukmin itu tak ada disampingnya,maka ia akan menjaga diri dan hartanya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Jumaat, 12 Februari 2010

Ingatlah wahai kaum Hawa..


Hawa ,

Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapa mu , andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suami , andai engkau masih ibu , didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah.

Hawa…

Engkaulah harapan agama , andai engkau punah maka akan punahlah agama Allah

Fikirlah…..

Hawa , andai engkau masih tercari-cari jodah mu , janganlah engkau khuatirkannya kerana Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih indah daripada itu ,

Hawa ,

Andai hati mu tercari-cari hati yang ingin dicintai dan disayangi , cubalah engkau fikirkan cinta yang lebih ulung…

Cinta kepada Allah yang Maha Esa.

Ya Allah….

Andai aku inginkan cinta daripada hambamu….

Engkau jatuhkanlah cinta ku kepada mereka yang melabuhkan cintanya kepadaMu…

Hawa ,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa , lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya , lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya , kemanjaannya , serta kemampuannya mengoncang iman lelaki , tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya , peribadinya dan yang penting pegangan agamanya…..

Hawa ,

Ingatlah engkau ialah fitnah dunia….

Janganlah engkau cuba untuk mengoncangkan iman lelaki setelah engkau mengoncangkan dunia ini…

Hawa ,

Peliharalah akhlakmu sebaiknya , jangan lah sehingga tercalar…

Kerana batinmu akan merana sepanjang hayat mu…

Ingatlah Hawa….

Janganlah dirimu dipermainkan dek kerana dirimu sendiri…

Hawa ,

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapa mu kerana engkau akan memperoleh keredhaan Allah.

Hawa ,

Pesanan terakhirku…

Jagalah pandanganmu , awasilah auratmu , periharalah akhlakmu , kuatkan pendirian mu…..

Andai tiada cinta daripada Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu , biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapa mu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu……….