Isnin, 31 Januari 2011

wanita solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dibatasi,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solihah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solihah, tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu,

Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,

Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,

Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah

bak permata yang menyinari alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,

Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan bangga dengan kecantikan wajahmu,

kerana satu hari nanti ia akan lapuk di telan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan didalamnya,

Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,

kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,

kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, Bersyukurlah diatas apa yang ada,

Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku, Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Khamis, 27 Januari 2011

Skrg bkn masa nye...

Skrg bkn mse nye kamu nk bercinta monyet....!Monyet pun agak nye tak bercinta ...
Cinta itu suci , tp jgn lah engkau kotorkannya dgn cinta yg dimurkaiNya...
Skrg ni mse nye kita berjuang hbs2 mencari cinta kita yg sbnr...iaitu cinta Allah...tp bagaimana ...?
Senang je , cube kita pikir balik bagaimana pakwe2 bdk 2 skrg boleh suke kat makwe diorang...senang je jawapannye kan...mestilah hias diri elok2...tp hias apa?
mestilah hias dgn amal ibadah yg disuruh Allah...nk tau apa cnth nye...
  1. solat
  2. puasa
  3. tahajjud
  4. msg selalu dgn Allah(bc Quran)
  5. byk baca buku motivasi islam
  6. ambik teladan kisah dahulu kala
  7. berdoa selalu
  8. munajat selalu
  9. rajin mengadu padaNya
  10. tawakkal padaNya

Bicara Hati...





Ku tenung awan nan biru...biasa lah dh lps exam tak tahu nak buat apa...waktu pun dh dekat senja..jd ku gunakan kesempatan untuk menadah doa dr Yang Maha Esa...mesti sahabat2 di luar sana pelik kan...?belum maghrib pun tp dh tadah tgn...sebenarnya waktu di penghujung senja ialah waktu doa dimakbulkan....

Dalam doaku , ku selitkan satu tunjang hidupku yang asas iaitu "Ya Allah Engkau tetapkanlah aku dengan iaman dan islam ku , Keu periharalah aku di dunia hingga akhirat , masih lamakah aku akan hidup di sisiMu , masih jauhkah aku denganMu...jgnlah Engkau menjauhiku kerana aku begitu merinduiMu "

Cuba kita pikir sejenak...apa 2 yg kita pohon pasti akn dimakbulkan walaupun kekdg kita sombong dengan Nya...kita lupakanNya...tp Dia sentiasa mengingati kita...

Apabila ku tenung bukit(sbb rumah saya rumah kampung , jd dekat dgn bukit) , ku merasai Dia sedag memerhatikanku , apabila adanya perasaan itu , ku berasa sangat gembira kerana ku diperhatikan oleh Penciptaku...aku terlalu merinduiNya...aku rindukan suasana syurga...aku rindu untuk melihat wajahNya...Ya Allah...aku terlalu merinduiMu...

Pabila menjelang subuh...pasti aku akan menitiskan air mataku tatkala mengenangkan dosaku yang pernah ku lakukan dahulunya...dahulunya cintaku kpd duniawi sehingga aku kurang mengingatinya , tapi apabila ku disedarkan Nya , maka ku tahu bahawa aku sebenarnya masih disayangNya...

Aku rela menjadi Rabiatul Adawiyyah yang mengorbankan seluruh hidupnya demiMu...mengorbankan perasaan wanitanya dek kerana mencurahkan kasih sepenuhnya kepadaMu...

Ku tak mahu menduakan cintaku kepadaMu Ya Allah...