Jumaat, 28 Mei 2010

Bagaimana ya wanita solehah itu?



Wanita solehah ialah sebaik-baik perhiasan...
Yang menjaga dirinya daripada pelbagai perkara ...
Sentiasa mengharap kepada Allah sesuatu yang terbaik buatnya...
Wanita solehah mengharapkan dirinya dibimbing untuk dirinya terbimbing oleh bukan calang - calang lelaki tetapi seorang lelaki solehah...
Seorang wanita solehah hanya untuk lelaki soleh...
Wanita solehah sentiasa mengingati Allah...
Sentiasa menitiskan jernihan air mata di kala sunyi menyelimuti malam...
Terkedu-kedu mengenangkan dosa yang telah dilakukan...
Wanita solehah tidak akan menyerahkan dirinya sewenang-wenangnya kepada lelaki yang bukan haknya...
Wanita solahah sentiasa mengharapkan seorang lelaki bergelar suami yang mampu mencurahkan kasih sayang kepadanya dan menguatkan lagi ikatannya dengan Allah
kita lihat pada hari ini kes penceraian begitu ketara sehinggakan ramai daripada golongan wanita solehah takut untuk mempertaruhkan diri dalam dunia perkahwinan...
Hanya Allah yang menentukan segala-galanya dan kita hanya merancang.
Wallahua'lam..


"Kak Long , buat apa tu ? "
"Ermmm...tengah update blog "



Oklah kawan-kawan seruan mak dah tiba ...kita jumpa di lain masa ya!!!Selamat malam maklumlah update blog tengah-tengah malam...ingat bangun tahajjud ya supaya menjadi golongan diatas...sama ada lelaki atau perempuan..

"Ermm , mak cik Hidayah memang suka tidur lambat... "

Itulah kata daripada sahabat yang turut berjaga hingga lewat malam.Apapun selamat malam semuanya.









Sabtu, 15 Mei 2010

Mari sama-sama kita fikirkan yang terbaik untuk kita!!



Apa khabar adik-adik mesti tengah sibuk belajarkan ...tak mengapa kita jenguk ruangan ini sebentar ya...
Sahabat..adik-adik sekalian cuba kita fikirkan sejenak benar atau tidak kenyataan ini atau mungkin kakak masih silap lagi sebab kakak pun masih kekurangan ilmu...mengapa kita begini sedangkan sahabat bukan Islam bertungkus lumus belajar dan belajar walaupun mereka bukan dan tidak mendapat pendedahan mendalam tentang Islam yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat...fikirkan wahai adik...ini sebab kakak ada ramai kawan bukan Islam walaupun berjauhan tetapi kami masih berhubung dan kami akan menggunakan kesempatan yang ada (sebentar) untuk study sekali...mereka memang sangat -sangat lain daripada kita adik...cuba renung dan kita berfikir yang terbaik untuk kita ya adik-adik yang disayangi sekalian.....


Bertasbihlah wahai sahabat !!!


Ketika semua sedang leka…bersembang hal-hal duniawi…..aku mengeluarkan tasbihku berzikir dan terus berzikir memohon kepada Allah agar aku mampu berjya dunia dan akhirat…..di sudut surau itu aku bertasbih dan bertasbih sambil mengalirkan air mata suci mengenangkan dosa noda yang telah dilakukan.Aku berfikir sejenak , "semua makhluk berzikir kepada Allah , namun manusia masih leka "...mangapa semua ini terjadi , adakah kerana manusia itu terlalu angkuh dan meraskan diri mereka sudah cukup kuat untuk menghadapi segala cubaan dan dugaan Allah kelak...adakah mereka berpendirian atau mereka masih kurang ilmu...?